Sabtu, 23 Mei 2009

lawak lepas sekolah

aku tak berapa berkenan gambar bawah ni..gambar baru abis sekolah. Zaman lepak kat CM dan terkial2 mencari arah kehidupan..muka pun syahdu je. Yang kiri tu sepupu aku tetapi yang sebelah kanan tu HARIRY KFL..orang gelar dia dulu Hantu Raya. Mana dia sekarang. Dulu kami sangat rapat kemudiannya apabila masing2 mencari haluan, kita lost contact.

Yang bawah ni gambar camping di Balok, Kuantan pada tahun 92 tak silap aku. Farid kiri sekali, Anis berbaju kuning dan aku berjaket Y..Yang ambil gambar ni Azly BB @ Boyau yang demam akibat angin laut. Dia kesal kerana di tepi laut ni tiada air batu untuk dibuat teh ais. Malam apabila dia demam terpaksalah Farid dan Anis meredah hujan lebat mengetuk rumah orang dekat2 situ meminta panadol..
Kami pulang selepas penduduk di situ mengatakan bahawa berita di tv melaporkan musim tengkujuh dan ombak kuat sedang melanda. Azly yang demam memilih bas ekspress Kuantan -KL terus sementara kami memilih pulang secara mengembara..

Selasa, 19 Mei 2009

Ah! Zura.......

Zuriani Shukor, PPJ antara yang anggun di vokaybentong dulu kini seorang pharmacist di Temerloh. Krew vokaybentong.blogspot iaitu wartawan Alia dan Liza berjaya menjejaki Zura di habitatnya (lawak je) dan Zura jika dilihat di gambar ni ternyata lebih anggun dari dulu..(bodek sikit!)..

hai Zura, apa khabar!



lagi gambar-gambar di SELESA HILLHOMES Bukit Tinggi!

woit, jangan rapat sangat!

tak abis2 farid menipu..


pagi-pagi..



pulang marilah pulang, moga jumpa lagi!





cunnya...maksud aku yang kecik tu!



Azura Sham isteri aku dan Alia..






kenangan manis semanis senyuman Balak..




2010 adalah ulang tahun ke 20 kita tinggalkan sekolah. Balak beria-ia mengajak kita bikin program mega punya!
tungguuu!!





Ahad, 10 Mei 2009

sekitar reunion di selesa hillhomes bukit tinggi 9-10 mei 2009

cerita pun tak gune..layan je gambar dan video nih!!


bekas kaki snooker Rosedin dan Nasri Tik mengepool..

Zainal di sisi An-Nur anak gua..

Eta, Anis dan Rosedin dalam acara mengisi tembolok sampai penuh...terkenang legenda dewan makan vokay..


Heikel membuat silap mata dengan menghilangkan lamb chop dalam perut..




Balak dengan anak-anak gadisnya... sesiapa ada anak lelaki sila hubungi Balak untuk proses besan membesan..




Eta dan Farid mengkaji struktur jagung untuk disesuaikan di dalam usus masing2





Cek Nor Hamdan sedang menyanyi sementara isteri tercintanya Azura memberi komen selaku juri tetap..


makan makan juga..hati-hati jangan tertelan anak Alia!




beratur nak ambil apa?



apahal depa ni?


ohohoh...surprise depa buat untuk besday anak-anak aku!..terima kasih geng!!
yang bawah ni video..klik kat tanda play (>)...pada 2 gambar tu..(nota untuk yang buta IT


Jumaat, 8 Mei 2009

konvoi ke Bukit Tinggi

esok Sabtu 9 Mei kalau nak konvoi ke Bukit Tinggi sila tunggu pada jam 1.30pm waktu melayu di stesen BHP sekilometer selepas tol gombak..
(tempat ni dah register sebagai terminal transit kite..keh keh keh!)

jumpa di sana!!!!!!!!!!!!!

(tak sabar nak jumpa ayam BBQ)

*catatan ini dibuat pada Jumaat 8mei jam 6pm tepat waktu negeri Perak...

Selasa, 5 Mei 2009

woii standby sabtu nihh!!

hari semakin hampirr!!!
9 mei tinggal beberapa hari lagi..Ayuhh!!!

Selesa Hillhomes Bukit Tinggi bermula 2 petang..karaoke nonstop 3 jam..Heikel belanja (dia ni kaki karaoke)
Malam BBQ dan berborak sampai pagi..geng2 Bentong yang tak menginap di situ pun akan turun!!

ingin jumpa ALIA si juara malam suaimesra 1989?
atau Azura si ratu Jawa teranggun dulu (hingga kini weh!)
atau geng glamer dia yg lain macam Eta dan Liza?


Taiko pencen Nasri Tik, Balak, Shamser, Lan Md Noor pun ada...
atau si bilal Rosedin?
Heikel dan Mazli kaki tenis (jangan tukarkan huruf t kepada p)

Anis Ayub budak yang senyap tapi kreatif, Yep Ketari dan Abang Rizal..
farid glamer turun dari brunei woiii!! Zainal pulak turun dari bulan..

RAMAI OOO!!

PENULIS BLOG NI YANG COMEL BERJANGGUT SEJEMPUT PUN ADA!

see u there