Isnin, 29 September 2008

SALAM SEMUA! MAAF ZAHIR BATIN!

salam aidil fitri maaf zahir batin!!
telefon aku ada di sebelah..nah! raya ni hubungilah aku kalau di Bentong pd raya pertama..dan jika ada sekitar Kajang dan KL..hubungi aku bermula raya ke 4 dan seterusnya...........

kawan2 dan cikgu2..
maaf segalanya!
ayuh bersenda gurau selagi sendagurau itu belum dilarang!

lepas ni akan ada tulisan dan cerita2 yang lebih menarik..akan diceritakan satu-satu..awas! anda mungkin akan disentuh..hahaha!!

Sabtu, 27 September 2008

puasa di hostel

masihkau korang ingat...
posa itu sungguh indah di asrama..
balik dari sekolah tengahari
buat maggi guna air paip
lepas tu simpan 5 minit dalam locker
bila dibuka maggi dah kembang sebesar penumbuk
lalu disantap tengahari rembang itu..pehh!!
waktu berbuka di dewan makan
muka kita toye menunggu Man Buaya azan
macam hebat seharian berpuasa...

..malam tu belasah burger cikgu Isom..

* ingat lagi Syukri, Kamaruzzaman Awang Teh, Osman Budu dan Adik (Khairul Azwan Karak) ditangkap ponteng puasa lepas tu dipakaikan poster macam banduan dan didenda masuk ke setiap kelas...tak siapa pun dari kelas2 tu berani ketawa sebab yang ditangkap ni samseng kg.dusun..silap ketawa nanti balik kena belasah...

tapi di kelas Auto mereka diketawakan..oleh kami yang satu geng dengan mereka saja..yang tak geng diam je...serammm!!

Rabu, 24 September 2008

Kalut "the Legend"!

seperti dalam emel Farid, Kalut amat terkenal kerana lawak muka seposennya. Kalau tak silap namanya Azhar- kursus BB..tidak banyak cerita mengenainya kerana dia pun "drop school"...

tapi yang mengesankan kami ialah Kalut sering berjaya melepasi tapisan ketat guru-guru dan warden untuk ke hospital..(ramai berlakon sakit nak ke hospital, dapat keluar dari hostel jap beli rokok ke hapa ka..)..Muka seposen lakonan cemerlangnya tak mampu ditiru sesiapa. Aku pernah lihat dia diusung dari asrama ke hospital dalam keadaan kaku dan tidak sedarkan diri..rupa-rupanya itu semua lakonan..Ceh!!
aku rasa pelawak Yassin senario curi style dia!!huhu..

Selasa, 23 September 2008

emel dari farid glamour from brunei! Niza juga contact semula!

emel farid (sila besarkan untuk nak baca..sori farid! tak sempat nak taip semula!

gambar terbaru farid Glamour!

Spy aku berjaya menjejak farid glamour di brunei..lalu farid hubungi aku! bagai satu suntikan, usaha blog ini meyakinkan aku bahawa lebih ramai kawan2 akan dapat dijejaki..ayuh! sebarkan kpd yg belum tahu..kita kumpulkan kenangan2 kita di sini...tak salah kita bina silaturrahim semula...
farid bukanlah kawan baik aku kat sekolah seperti juga Halim Shamsuddin ELK yang baru hubungi aku 2 hari yg lalu..tapi Halim sayangkan sebuah persahabatan...
"Farid glamour" digelar begitu kerana sifatnya yang suka mencuba tapi dia dianggap cuba mencari glamour! di surau dia azan, di padang dia kaki bola, di pentas dia menyanyi dan bermain gitar..semua dia! dia juga disyaki spy warden mengintip aktiviti2 tak senonoh gangster2 kampung..sehingga dia sendiri pun kantoi kes rokok..hihi! tapi dia manusia konfiden dan tak kisah dikutuk!
habis sekolah, kami sama2 menentang badai hidup di KL..makan debu minum air sg.kelang!..berteater dengan Normah Nordin...desakan hidup memaksa kami mencari haluan masing2..betul farid kata, antara kami takde hubungan ehem2 ..kalau dia dengan anis ayub taktau lah..haha!
lepas tu aku nonton lakonan dia bergandingan dengan Adlin Aman dan Ijoy dalam filem JOGHO..

..........lepas ni kita takkan lost contact lagi...aku perturunkan gambar dan tulisan dia terbaru, juga link ke blog dia..
Ahmad Niza Shamsuddin Auto 89-90 juga emel tadi bertanya khabar, emelnya pendek je kerana busy tapi dia akan contact lagi..welcome bro! Niza antara last man dalam team bola Auto yang paling susah nak lepas..hebat! Dia juga last man team bola sekolah yang masa tu memang dibarisi 'bintang-bintang'! satu Bentong tahu kehebatan team bola kita dan mengaku terhibur dengan corak permainan mereka..skil individu yang tinggi!!

Ahad, 21 September 2008

sajak "Spirit of the coin"!

kawan
masihkah kau ingat kita buat kerja haram itu
main spirit- spirit sampai tak ingat agama
tiap tiap malam puja hantu
sampai nak suruh hantu tunjuk muka kat cermin!

kawan
kau tentu takkan lupa malam jahanam itu
"hantu" mengamuk malas nak balik
angin kencang bertiup gugurkan tuala yang bersidai di katil
habis semua mamat-mamat lari lintang pukang
dan tekong spirit kita tergolek-golek kepanasan
lalu kita semua menggelupur tak tidur
sampai subuh...

kawan
pasti segar dalam memori daun pisangmu
lepas tu geng2 spirit yang namanya dirahsiakan itu
menghadap "penunggu" asrama
Pawang supardi si ketua warden
lalu kena dendalah jawabnya..........

hihihi!! jangan marah guys! manis kan?

Syakirin "ghostbuster" dicari!

Siapa yang tak kenal dengan Syakirin BB batch kita?
huh! kalau siapa lupa kat dia maknanya anda telah hilang separuh dari daya ingatan otak anda..
alahh!! Syakirin yang asyik disakat hantu tulahh!! berpeluh kita satu dorm A3 nak sedarkan dia yang dirasuk sampai kita yang pengecut-pengecut berani tidur rapat katil..hehe!

He he! Ingat tak masa dia tidur, kawan2 conteng muka dia dengan artline, esok dia bangun terus gi dewan makan dengan muka berconteng...(dia ni kadang2 tidur dah siap pakai baju sekolah..senang! Bangun terus jalan jee...

lagi satukan..ingat tak dia masuk bertanding pilihanraya Exco Asrama? aku rasa dia dapat undi terbanyaklah tapi atas sebab-sebab "paklawaknya" dia langsung tak senarai..ramai mengaku undi dia..hihi! SPR tak telus agaknya!

sapa tau mana dia sekarang? jadi bomoh? huhu..aku takde gambar dia!

Azri alias Sengkoi!


kawan! Korang ingat Sengkoi? Nama sebenar dia Norazri Alias.. tubuh kecil tapi umur tua setahun dari batch kita...biasaklah masa tu zaman return SRP...hehe!


-jaguh takraw- tekong sekolah!

satu perkara yang aku ingat masa tingkatan 4, bila cikgu BM-Dewi suruh buat karangan "peranan ibu lebih berat darpada bapa" dia bantai buat "peranan ibu SAMA berat dengan peranan bapa"..Cikgu Dewi dok marah dia tapi dia buat muka selenga je...

Aku rasa dia tak suka iisu gender dan diskriminasi jantina diperbesar-besarkan!

lu sendiri ingat tak sengkoi?

5 Auto SPMV-1990


gambar ni masa kita dah nak dekat2 exam amali...

kau ingat Man?- belakang dari kiri:- Yatimi Arshad (lecturer kat CIAST Shah Alam sekarang, tapi aku tak pernah jumpa sejak 90, Safie@Remy- budak Kuantan pun lesap tak dengar cerita, Halim Ramdan (citt!tak penah balas sms),ahmad Niza Samsuddin (lost contact), Mohd Nizam Mohd Ramly(Bob)- raya baru jumpa,aku, Rizaudin Kari (Bija)- selalu jumpa kat ceramah politik,ahmad Noordin(Pak Din) kat mana la ni?,norazman a. Rahman- bermastautin di Hulu Langat,

duduk dari kiri:- junior kita tah sapo namo budak pelangai tak silap,Jufarif Ahmad b sulong@kadoi Lebu (mana dia?),Zainal abidin Ahmad Zathu- still single (tokey besor),Farizal Kassim @matsolo (tolong lapor diri segera-kami mencari anda),Nor azri Alias(sengkoi),Muhd Haniff Mukthar (kanek)-berjiran pun jumpa setahun sekali),Azman Ismail@buaya Melaka..haritu masuk army main tatoo mana lak sekarang cucu jebat ni...

Sabtu, 20 September 2008

sekampung, sekelas, sejiwa!


aku dengan Razali Mat Saat@Black@kodek...

Kami sekelas sejak Tingkatan 1.. sekampung..rumah aku setentang dengan rumah dia..kami memang minat berlakon..selalunya aku menulis skrip dan mengarah sementara dia akan pegang watak utama..lepas habis berlakon, dia akan popular seminggu!

seperti Cobra, muka ganas ini sebenarnya Mat Cintan..hahaha!!

cempedak memang boleh jadi nangka!



aku diapit oleh chodek (khairul anuar Ishak) di sebelah kiri dan kanan azli Ghani (Cobra)..antara 2 manusia ajaib yang pernah aku jumpa..

Chodek meletupkan sekolah sebagai antara pelajar terbaik. Dengan muka kampung dan loghat Temerlohnya yang pekat, apatah lagi hobinya yang kuat tidur siapa sangka Khairul Anuar mempunyai otak yang brilliant dan mampu menyaingi pelajar terbaik yang lain...

Azli Cobra- mukanya yang ganas menakutkan ramai tetapi dia sebenarnya agak cool! hari ini Cobra seorang kontraktor dan juga mempunyai sebuah warong di Kampung Baru, Bentong! Rilekslah Li.... datang rumah raya ni!

Antara dua Rostam!

Ada dua Rostam masa tu. Yang bertopi sedang berjalan tu Rostam Othman dari Mempaga (ELK)..dah lama tak jumpa dia. Tam mempaga melalui cabaran hidup yang terlalu getir apabila terjebak dengan najis dadah. Namun semangat juangnya begitu tinggi hingga dia berjaya bangkit pulihkan sepenuh dirinya. Menurut rakan sekampungnya Mazlan ENK, Tam kini kuat beribadat. Maaf Tam andai cerita ini tidak kau gemari, tapi bagi aku kau insan yang kuat dan wa salute lu bro! ada masa kita pekena teh!

ganbar di bawah ni Rostam Majid KFL yang aku kenal sejak darjah 1 lagi. Masa di Vokay dialah guitar hero kita yang terlalu cintakan rock kapak ketika itu. Menyaksikan solo Tam macam menyaksikan konsert rock. Tam masih aktif bersama band undergroundnya "Happy Nightmare" seperti gambar di bawah (empat dari kiri). carilah albumnya! oh! haha!Aku hanya ada gambar dia masa darjah 5 seperti yang aku paparkan....stay rock bro!




















al fatihah bro!


18 tahun meninggalkan bangku sekolah terasa sekejap! rasanya seperti semalam..tetapi bayangkan anak yang lahir pada tahun 1990 kini telah pun habis sekolah..begitulah kita..macam-macam berlaku dalam 18 tahun ini! Ada kawan2 yang lebih awal menyambut panggilan Illahi. Antaranya:-


1. Ahmad Azam Abd Rashid ENK- (1994)kawan satu batch Rashidah bagitahu aku yang budak Lurah Bilut ini koma 2 bulan di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang. Aku dan Lan madnoor PPU bergegas esoknya ke sana. Niza Auto yang sampai lebih awal bagitahu "nurse di wad lelaki cakap Azam dah meninggal dunia 2 bulan." tak percaya, kami naik ke wad dan menyemak buku rekod. BENAR!


2. Zaidi PPN- (1995)tahun pertama aku mengajar. Setiap hujung minggu aku akan ke KL dari K.Lipis menemui kawan2 di Central Market (sebenarnya dating dengan Sham- awek yang kini jadi isteriku dan ibu kepada 2 anakku). Zaidi bertanya padaku petang itu seronok tak jadi cikgu? acuh tak acuh aku jawab "oklah!" dalam hatiku kesal kerana entah apa sibuknya aku tak berapa menjawab sangat pertanyaan itu. Malam itu Sham bagitahu aku yang Anis Ayob Telefon mengatakan Zaidi accident!


3. Mohd Hishamudden Abdullah (samdol) -gambar di atas- tak pasti meninggal tahun berapa, Yep Ketari cerita. Sham aku kenal sejak tingkatan 1. Bapanya cikgu aku di sekolah rendah. Sham melalui banyak peristiwa tragis! Dia pernah cedera ditikam..dia meninggal kerana sakit....


ramai yang aku dengar dah meninggal namun 3 yang di atas kebetulan rapat dan melibatkan aku..Antara yang lain:-

1) Ahmad Hamidi Khalid@ lenjor- budak Lebu kursus Auto, tak habis sekolah..disahkan oleh adik iparnya kawan aku, meninggal kerana demam kuning.

2)Fauzi KFL @Lepar- Saiful PPU Raub beritahu

3)Junaidi Koyan KFL- Saiful juga beritahu..


sesiapa yang ada maklumat yang lain, beritahu! AL FATIHAH!

hadiah ke Teluk Cempedak!

Dorm aku A3 menang dorm terbersih 89- cikgu bawa kami ke Kuantan bersama dorm F1 (Aspuri) juga pemenang dorm terbersih..best sebab F1 ada ramai awek cun lagi glamour..IsmaLiza, azura, shidah, alia, ita dll......gambar di bawah kami berposing di TC dengan membawa pengaruh rock kapak!
dari kiri- shafuddin@sabut, rostam mempaga, noresam@kecik kerinchi, nasir ani, salleh lobang, zaidi ani, aku dan lan mat noor.

akhir2 musim di SMVB!


malam yang sungguh nostalgik...ada talentime! ada satay!

masa ni aku dah rasa cikgu2 yang garang tu sebenarnya berlakon untuk menjinakkan budak kampung macam kami..gambar ni mengumpulkan kawan-kawan berbagai kursus dari berbagai negeri..

Jumaat, 19 September 2008

Ajek the racer!


ini gambar Sazli salleh @ Ajex- digelar begitu kerana memiliki rambut kerinting halus macam orang asli..tapi ajex tetap cool....dia diharamkan masuk ke kelas Lukisan Teknik tapi anehnya dia pulak yang mengajar kami masa buat homework..mungkin rambut kedap ilmunya berjaya memerangkap ilmu2 yang didengarnya dari kawan2...projek go-kart tu diketuai oleh cikgu Ramli Jelani (RJ) - guru yang dihormati walaupun punggung berbirat dilibasnya! Projek ini mengagumkan ibu bapa yang hadir ketika melawat anak mereka dan ternampak go-kart meluncur di litar SMVB..(ingat Cikgu Rosmadi PPU jatuh motor Kawasaki di lab Dewan makan?)

kah!kah! tak boleh lupa! er..maaf cikgu! hari ni cikgu Rosmadi di SMT setapak dan juga seorang yang sangat berjaya!

kita minum teh sekali-sekala kat NZ ye?

Jebat Mengamuk di vokay Bentong!




malam ni memang best! MALAM PUISI DAN KEMANUSIAAN- payah nak jumpa majlis2 begini di sekolah2 sekarang..guru dan muridnya sama kreatif!
Malam itu kami menang drama bertajuk "SIAPA BENAR" skrip/arahan aku. Kisah Hang Tuah, Hang Jebat, Kasturi dan Lekir dibangkitkan semula lalu berpolemik siapa yang benar antara Tuah dan Jebat. Lekiu sengaja ditiadakan bagi penonton sendiri merasai diri merekalah Lekiu (sebenarnya takde sapa kawan2 berani berlakon maa tu..hehe!)..aku kodek dan hanif dah biasa berlakon di sekolah lama cuma Arman orang baru sebagai Tuah berjaya melakonkan dengan baik. Malam itu arman (Tuah) dan Kodek(Jebat) menjadi popular..Hanif (Lekir)memeranjatkan kawan2 lain kerana aktingnya seperti hendak naik syeikh! Aku(Kasturi)? low profile je..tapi Cikgu asmah Bee kata kami kelihatan "jantan" malam itu..wow! Dia cadangkan aku tulis semula skrip tu dan hantar ke TV3...aku diam je sampai hari ni..hehe! oh ya! suara latar Azman Buaya..dia bantai bubuh sajaknya last minute, kami yang berkelubung dalam selimut dah naik lemas!ada petikan akustik latar oleh shahril latif dengan nali lagu 'inspirasi taming sari

kira aku ni terbaik gaklah!

Yang ni aku dapat hadiah satu-satunya pelajar dapat A1 subjek Bahasa Melayu SPMV 1990. Okeylah gak! Cikgu BM kita cikgu Devi bagi rm10 masa tu...(cikgu Devi sekarang pensyarah di Maktab Perguruan Raja Melewar, NS..dia ada PhD woo...aku nyaris terpeluk dia masa kami berjumpa di Puteri Resort Melaka..aku berkursus di tempat yang sama dengan dia masa tu..
*Kawan2 atau cikgu2 yang ada simpan gambar majlis perpisahan En. Chew Pee Khoon di Tasik titiwangsa tahun lepas kirimlah ke mari..kita tunjukkan gambar2 reunion pelajar2 first batch dan guru2 senior! fuuh! nostalgia habis!
en. RJ, en. Isom, en. Muin,cikgu saras, Pn Habshah, en. Param pun ada dan ramai lagi................

Salam Semua!

dari belakang:- aku bertuala, hairulbaju biru bersongkok,belakang Shaari, Lan PPU, Mail saidin bersongkok (kaki ngigau), depan Mail tu berselubung tuala hanif dan sebelah kirinya Yusri kecik,Mus, Rahim pegang spender, belakang dia Hisham Gantang (cikgu laa nii),duduk:- Heikal ahmad, Shahril, Heikal Ashaari (abang Awal ashaari-selebriti tu)..kat katil kadoi Ferdaus,bersongkok terlindung di belakang Che khalid yang macam takde suara selama 2 tahun kat situ..hehe!

apa lagi yang ada setelah semuanya berlalu? ya! KENANGAN!

kenanganlah yang paling mahal,

ia akan terus terpahat selagi bernyawa dan selagi sejahtera..gambar ni gambar dorm A1 waktu tingkatan 5. Heikal dengan raket tennisnya, Heikal Ahmad mana sekarang? Rahim? oh..pee (Lutfi sekarang dah jadi Pilot TUDM..mak ayah aku pun terkejut mendengarnya sebab teringat masa kecik2 dulu, pee punyalah nakal..masya Allah!

Tuah dan nasib Allah jua menentukan!
hisham Gantang aku ada jumpa awal tahun ni di Kg.Baru KL, dia mengajar di SRK sertik Bentong
Heikal Ashaari selalu jumpa..yang lain rakan sekampung ada juga bertemu..harap yang tahu di mana mereka berada atau tuan punya diri sila hubungi blog ni..