Rabu, 24 September 2008

Kalut "the Legend"!

seperti dalam emel Farid, Kalut amat terkenal kerana lawak muka seposennya. Kalau tak silap namanya Azhar- kursus BB..tidak banyak cerita mengenainya kerana dia pun "drop school"...

tapi yang mengesankan kami ialah Kalut sering berjaya melepasi tapisan ketat guru-guru dan warden untuk ke hospital..(ramai berlakon sakit nak ke hospital, dapat keluar dari hostel jap beli rokok ke hapa ka..)..Muka seposen lakonan cemerlangnya tak mampu ditiru sesiapa. Aku pernah lihat dia diusung dari asrama ke hospital dalam keadaan kaku dan tidak sedarkan diri..rupa-rupanya itu semua lakonan..Ceh!!
aku rasa pelawak Yassin senario curi style dia!!huhu..

Tiada ulasan: