Khamis, 17 Jun 2010

kita bertemu lagi..

penangan facebook memang gile..jumlah kita semakin ramai. sila ke facebook dan temui kawan2 di sana..


bergambar di tempat yang sama 20 tahun lalu tapi bersama budak2 batch sekarang. dulu tak berpagar tapi sekarang.....


zainal test duduk tempat asal dia..sebelah aku


sesekali balik Bentong jumpa geng2 Ketari kita..

gambar di atas reunion terbesar di NZ Wangsa Maju. Aku kebetulan ada program lain. Tapi memang ramai. Dijangka 26 Jun ni akan ada lagi.

Sabtu, 31 Oktober 2009

Sazli Salleh dalam kenangan!

Bertubuh tegap tetapi pendek, rambut kerinting halus menyebabkan kawan-kawan menggelarnya "Ajik"- nama orang asli. Ada yang menggelarnya rambut radiator. Anehnya Mohd Sazli Salleh selesa dengan panggilan nama itu dan aku pernah lihat dia menulis di bukunya dengan ejaan "Ajex".
Lepas sekolah dia ke IKM Jasin kata kawan2 yang juga menyambung pelajaran ke sana. Sejak itu kami berusaha mencarinya tetapi gagal.
Uniknya Ajik, dia telah diharamkan masuk kelas Lukisan Teknik Cikgu Saupi tetapi dalam prep-class dia pulak yang mengajar kami yang bengong wal hal dia tak pernah masuk kelas pun. Ajik genius sebenarnya.
Dia nakal seperti budak2 lain juga. Merokok-ponteng kelas- biasalah! Cuma dia tak banyak cakap dan tak pandai sangat berkelakar. Hanya tersengih dan tumpang ketawa apabila diejek. tapi dia juga pandai bersukan. Takraw, bolasepak dan lain-lain dia pandai dan berkemahiran tinggi. Malah, Cikgu Ramli Jelani menaruh sepenuh kepercayaan kepadanya untuk memandu go-kart yang direkanya. Ajik juga 'pomen' nombor 2 selepas Cikgu RJ untuk go-kart ini.
Masih ingat zaman rock kapak. malam itu Funfair Bentong ada konsert Rusty Blade. Kami menggelupur teringin tetapi tak boleh keluar asrama. Ajik dan Penyu bertindak memanjat pagar dan menonton konsert. Malangnya mereka terserempak cikgu RJ warden asrama.
Roll call dibuat, Ajik dan Penyu dibelasah teruk - ditumbuk -disekeh- dihantuk kepala ke dinding- hidung Ajik berdarah, tetapi mereka budak lasak. Sedikit pun tidak menangis. Mujur juga zaman itu bukan zaman bebudak report kat mak bapak.

Aku dapat tahu dari rakan sekampung yang kebetulan mengenali juga Ajik. Dia kata Ajik sudah meninggal dunia tapi tak dinyatakan sebabnya. Aku minta dia sahkan betul2 dan dia jamin sahih. Ajik meninggal lebih dahulu dari Syed Amir (Penyu)

...Ah! Rupa-rupanya kedua-dua rockers panjat pagar ini sudah pulang dijemput Illahi.
Aku terasa juga syahdunya.
Al Fatihah! Semoga Ajik damai di sana bersama Penyu.

Sabtu, 12 September 2009

buka pose di Istana Budaya

Alia sedang membuli kambing bakar..

Neny, Fiza dan Heikel

4 September, Istana Budaya- Bekas pelajar vokaybentong dari 1stbatch, 2nd batch dan adik dari batch 2001 bertemu dan berbuka puasa (kalau tak pose pun buat macam pose jelah). Seperti lazimnya, tiadalah muka lain yang hadir kalau tak Alia, Azura, Ita dan suami Paul, Heikel. Neny dan Fiza pun ada. Jeffri 2nd batch dengan aa..siapa awek batch dia tuh?..lupa lak nama. dan ada seorang dari batch 2001...

Majlis amat meriah, maksud aku grup2 lain bikin meriah lah..tapi kite tetap happy dan meraikan suasana!

Selasa, 23 Jun 2009

STIM kahwin!!


Hisy! Lain macam je tajuk nih!! Daklah...Rahimi Kassim PPU atau dikenali dengan nama Stim atau Bozo akan melangsungkan perkahwinan pada Ahad 27 Jun 2009 ni di Kg. Lebu (rumah tepi kubur..hisy seram lak!)

Orait! Sesiapa nak konvoi macam biasa, rancanglah sendiri dengan geng2 kite..aku tak dapat pergi sebab kahwin...err...ada hal lain!

laa...ada lagi ropenye kengkawan yang tak kahwin lagi..pasaipa lah sampai lupa nih! Fiza, Shidah, Wahidah, Rosedin dah ada anak dara dan anak bujang dah! Balak pun sama...korang baru nak kahwin..yolah! Dah jodoh nak buat camana ye tak? Manalah tau lambat kahwin tapi terus sekali pasang lebih hehehe!
*gambar di atas bukan gambar Stim kahwin tapi gambar 11 tahun dulu, wedding of the year 7 hari 7 malam aku kahwin dengan isteri aku sekarang..SUMPAH! baru sekali je ni!

Jumaat, 5 Jun 2009

iklan..anjuran company aku!

woii!! Iklan jap! Company aku anjurkan program ni (klik kat gambar untuk pembesaran imej)

tempat terhad untuk 200 orang aje..hubungi aku untuk tempahan tiket layari di sini untuk info lanjut..

Sabtu, 23 Mei 2009

lawak lepas sekolah

aku tak berapa berkenan gambar bawah ni..gambar baru abis sekolah. Zaman lepak kat CM dan terkial2 mencari arah kehidupan..muka pun syahdu je. Yang kiri tu sepupu aku tetapi yang sebelah kanan tu HARIRY KFL..orang gelar dia dulu Hantu Raya. Mana dia sekarang. Dulu kami sangat rapat kemudiannya apabila masing2 mencari haluan, kita lost contact.

Yang bawah ni gambar camping di Balok, Kuantan pada tahun 92 tak silap aku. Farid kiri sekali, Anis berbaju kuning dan aku berjaket Y..Yang ambil gambar ni Azly BB @ Boyau yang demam akibat angin laut. Dia kesal kerana di tepi laut ni tiada air batu untuk dibuat teh ais. Malam apabila dia demam terpaksalah Farid dan Anis meredah hujan lebat mengetuk rumah orang dekat2 situ meminta panadol..
Kami pulang selepas penduduk di situ mengatakan bahawa berita di tv melaporkan musim tengkujuh dan ombak kuat sedang melanda. Azly yang demam memilih bas ekspress Kuantan -KL terus sementara kami memilih pulang secara mengembara..

Selasa, 19 Mei 2009

Ah! Zura.......

Zuriani Shukor, PPJ antara yang anggun di vokaybentong dulu kini seorang pharmacist di Temerloh. Krew vokaybentong.blogspot iaitu wartawan Alia dan Liza berjaya menjejaki Zura di habitatnya (lawak je) dan Zura jika dilihat di gambar ni ternyata lebih anggun dari dulu..(bodek sikit!)..

hai Zura, apa khabar!