Sabtu, 23 Mei 2009

lawak lepas sekolah

aku tak berapa berkenan gambar bawah ni..gambar baru abis sekolah. Zaman lepak kat CM dan terkial2 mencari arah kehidupan..muka pun syahdu je. Yang kiri tu sepupu aku tetapi yang sebelah kanan tu HARIRY KFL..orang gelar dia dulu Hantu Raya. Mana dia sekarang. Dulu kami sangat rapat kemudiannya apabila masing2 mencari haluan, kita lost contact.

Yang bawah ni gambar camping di Balok, Kuantan pada tahun 92 tak silap aku. Farid kiri sekali, Anis berbaju kuning dan aku berjaket Y..Yang ambil gambar ni Azly BB @ Boyau yang demam akibat angin laut. Dia kesal kerana di tepi laut ni tiada air batu untuk dibuat teh ais. Malam apabila dia demam terpaksalah Farid dan Anis meredah hujan lebat mengetuk rumah orang dekat2 situ meminta panadol..
Kami pulang selepas penduduk di situ mengatakan bahawa berita di tv melaporkan musim tengkujuh dan ombak kuat sedang melanda. Azly yang demam memilih bas ekspress Kuantan -KL terus sementara kami memilih pulang secara mengembara..

Tiada ulasan: