Isnin, 30 Mac 2009

WOIITT!! PENGUMUMAN!!!

BARISAN AJK EVENT MENGUMUMKAN pelancaran dan pelawaan kepada semua bekas-bekas pelajar sejak tahun 1989 sehingga 2008 bagi menyertai 'Ex. SEMENTA GATHERING DINNER 2009' besar-besaran yang akan di adakan seperti berikut :-

TARIKH : 13 JUNE 2009
TEMPAT : SELESA BEACH RESORT, PORT DICKSON
MASA : 8pm - 11pm
JENIS MAJLIS : MAKAN MALAM
PAKAIAN : SOPAN DAN KEMAS
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 8 MAY 2009
# Penyertaan selepas tarikh berkenaan tidak dapat di layan.
# Penyertaan adalah terhad tertakluk kepada kapasiti BallRoom Hotel.
# Kesediaan lokasi tertakluk kepada tempahan.

Yuran yang di kenakan adalah seperti berikut :-

1.) Seorang RM60
2.) Kanak-kanak RM36 (4~12th.)
# Tertakluk kepada perubahan situasi semasa hotel

Lain-lain,

1.) T-Shirt Rasmi Limited Edition RM30/sehelai
2.) Stiker Kereta Limited Edition RM5/sehelai
# Tertakluk kepada permintaan

Penginapan,

Kami mengesyorkan penginapan termurah iatu di Palm Spring yang di lengkapi kemudahan berikut :-

1.) Jakuzi
2.) Kolam Mandi
3.) Taman Permainan Kanak-kanak
4.) Go-Kart
5.) PaintBall

Master Bedroom dengan kadar RM90 semalam. (Maklumat terkini dari Resort-> RM85 termasuk Breakfast)
# Selain dari itu, kami akan selidik kemudian bergantung kepada permintaan.

*** Kepada peserta SMT & SMV Bentong Reunion 2009, kami mengalu-alukan dan sangat berterima kasih kepada anda yang kekal dengan semangat Reunion menyertai Majlis yang pertama dan terakhir dekad ini.

Pendaftaran kini dibuka dan pembayaran boleh dibuat terus ke akaun MAYBANK 106138045744 ( AHMAD ZAHIDI B. ZAINAL - webmaster ) SAHAJA.

Sila SMS kan butiran seperti berikut selepas membuat pembayaran:

ke 014 - 5434 221 . Pihak pengurusan akan mengesahkan pembayaran anda dalam masa terdekat.

Sebagai contoh:
AHMAD ZAHIDI ZAINAL 800221065888 RM75 1284660561

Ahad, 29 Mac 2009

bercanda di pasiran pantai


bila dorm kami A3 menang pertandingan dorm terbersiah, cikgu membawa ahli dorm kami ke Kuantan, makan angin di Teluk Cempedak..ni gambar kami dengan imej rock kapak@ hippies, ada yang pakai seluar boot cut, hahaha! aku rasa kawan2 lain ada banyak koleksi gambar2 di Kuantan ni..aku sendiri ada bergambar dengan Alia tapi tak tahu kamera sapa...
dari kiri:- Sabut KFL, Tam ELK, Kecik PPU, Nasir Ani PPU, Salleh Lobang ENK, Zaidi Ani(Adik)BB aku dan Lan md Noor..

Khamis, 26 Mac 2009

berita mengejutkan!!

BERITA PERTAMA YANG MENGEJUTKAN!
Aku terima emel dari seseorang yang bernama AMIRUL NIZAM yang katanya kursus BB batch kita 89-90 yang aku confirm rasa tak ada mamat bernama tu..bila aku buka file gambar yang dia attach aku terkejut itu gambar Ganesh macam di bawah ni:



aku telefon Ganesh dan tanyakan khabar lebih kurang...dan dia berkata memang dia dah jadi seorang muslim yang bernama sedemikian..ALHAMDULILLAH!

"habis, dah muka pun lebih kurang Melayu, convertlah hahaha!!" kata Ganesh yang tetap gemar ketawa macam dulu..

Farid di U.K (Ulu Klang)

Ahad, 2009 Mac 22
little Sakai in UK..part 1





Segala syukur pada yang kuasa diatas rezekinya..alhamdulillah...

lepas korea aku blah pegi UK 11 hari aku kat sana...sempat jugak aku cilok sehari ke Paris...Vienna aku intai...mahal tiket kesana...aku patut book awal..kawan aku kat Vienna dah gumbira sangat aku nak datang..tapi tak kesampaian...kali ni rezeki aku sampai UK dan France..heheh dah cukup lumayan.....kaya ko ni kata kawan aku...aku aminkan dulu...hahahha aku ketawa..duit sendiri memang tak mungkin sampai kata ku...ini semua projek....kerja....dan kerja aku macamnilah...tapi kaya memang aku selalu minta Amin....

Gugup nya aku dlm Flight nak ke UK ..aku nak tempuh lebih 16 jam dalam kapal terbang..sorang!!!! masa cabin crew bagi aku towel panas..aku rasa macam nak keluar balik dari kapal terbang....tapi aku terkenang berapa ramai yang akan mengetawakan aku nanti..aku tabahkan hati....

1st time ke UK sorang pulak tu...bukan satu benda yang mudah..aku ada gak berjalan jauh tapi selalunya at least berdua....Heathrow memang lapangan terbang yang sibuk....nak landing pun ada 45 minint Royal Brunei Airlines terpaksa menunggu cue....aku tengok dari cermin banyak lagi kapal terbang yang pusing -pusing tunggu turn.....landing... aku kagum..memang besor lapangan terbang dia......security memang ketat aku ditanya pelbagai soalan...slang English diorang tu mengelirukan aku...slang aku apa lagi...aku kata kawan aku kat Bristol buat film study.....dia kata hah!!! freedom study???? terpaksa aku ulang sekali lagi sambil tangan aku mengayakan orang shoting siap tangan pusing pusing lagi..akhirnya kami sama -sama ketawa....


lepas dari imigresen hati aku senang sikit terus keluar dan cari telefon..aku call kawan aku kat Bristol...dan Titin adik Pitt untuk bagi tahu yang aku dah sampai...diorang mungkin blur pasal masa tu waktu di kota London baru pukul 7 pagi..orang tengah tido beb hahahh.....aku kembali celaru....tak tahu mana nak dituju....bukan pasal tak tahu membaca ( banyak signboard) tapi tak terbayang geografinya...akhirnya aku decide cari stesen bas...aku nampak ada awek pakai tudung bawa beg dengan dua tiga orang awek lagi..aku bagi salam dia jawab ..aku tanya Brunei ke Malaysia dia cakap Malaysia..sambil makin cuba menjauhkan diri dari aku..aku cakap aku nak pergi stesen bus..dia cakap ikut je signboard...sampai kat lif dia cuba untuk tak masuk llif dengan aku....mmmm kawan aku cakap orang melayu kat London ni memang sombong....aku rasa diorang bukan sombong..tapi terlalu berperansangka .........


Ahad, 2009 Mac 22

sampai di stesen bas ( jalan dari terminal tak jauh mana pun...) aku pun belilah tiket kat kaunter..hehe tersenyum aku ..pertama kali orang putih panggil aku sir hahah dalam hati ku 44 orang lagi panggil aku sir...tahun depan dapat dato aku hahah sakai betul....sementara nak tunggu bas aku ternampak dua tiga orang muda ..pakaian macam orang lepak kat CM muka pun muka melayu ...aku senyum..diorang berpaling arah lain..orang putih dibelakangnya senyum arah ku...heheh orang melayu memang lebih bersopan santun dari orang putih......aku tak ambil hati...mungkin diorang pun macam aku...tengah risau tak tahu nak kemana..dan sentiasa berperasangka.......



aku membuat pilihan yang tepat ... sebenarnya banyak lagi cara nak ke kota London dari heathrow...yang paling popular dan cepat pakai keretapai ala LRT tapi bawah tanah...aku pikir kalau bawah tanah sure aku tak dapat tengok apa-apa..so aku pilih bas....lama sikit tapi aku dapat gambaran awal mengenai geografi dan orang disini....ooo walaupun dah bulan 3 tapi UK tetap sejuk bagi aku...sejuk sejuk.. mungkin sebab itu allah bagi aku rezeki ke Korea supaya aku bersedia....maha pengasih dan penyayang terhadap hambanya.....tapi sejuk-camtu pun awek diorang selamba je pakai skirt hahaha....mungkin juga untuk aku supaya lebih tenang....hehehehe

nanti aku sambung lagi
Dicatat oleh Farid Adzlan Ghani di 04:58 1 ulasan

Isnin, 23 Mac 2009

misteri Mail Shahidin.

Mail ABM menyimpan seribu misteri.. kami sekampung dan rumah aku dengan dia tak jauh, 2 batang rokok selit celah telinga sampaile..

misteri Mail ialah dia akan mengigau setiap kali tepat pukul 1 malam..
wa serius..BETULL!!
ngigau tahap seram punya..siap kami boleh bercakap2 dengannya..
Zainal katil sebelah cukup takut.. pernah sekali dia bangun mengigau membebel2 dalam bahas yang tak difahami..Zainal yang marah2 takut melontarkan bantal ke arahnya..
yang paling hampeh sekali- dia selamba je sambut bantal tu dan tidur buat bantal peluk..kecewa Zainal..

Aku sendiri terkejut pada suatu tengah malam bila tersedar katil bergerak, tengok2 dia kat atas tilam aku menjenguk muka aku dari arah yang dekat..
rasa nak terajang tapi...seram oo!

Bila kita ceritakan kat dia pada siangnya dia bantai tergelak, langsung tak risau dengan masalah akibat mengganggu ketenteraman warga dorm A1..

paling misteri bila suatu malam tepat 1 malam dia bangun dan...
MENARI SUMAZAU !!
cehh!! hantu Sabah la pulokk!

pagi yang indah..



ni dorm A1..pagi yang indah..
ada kanek, panjang PPU, lan mad noor, zainal, aku jamal hippies

Jumaat, 20 Mac 2009

..from korea with luv


Sabtu, 2009 Februari 28
Kembang Layar

lama betul aku tak menulis...sibuk sangat tak juga tapi ada kerja yang lebih perlu di siapkan sebelum aku belayar lagi....aku berpeluang ke negara Korea minggu lepas..uiiii...alhamdulillah...rezeki ..memang rezeki....walaupun bukan pergi berjalan makan angin...tapi at least dapat gak aku kesana...3 -4 dulu aku merancang merencana rancangan supaya dapat pergi ke luar negara ...buat program tv ..tapi masa tu mungkin belum masa...alhamdulillah...setelah 4 tahun dia mula datang...lambat!!! tak pelah...at least jadi....so minggu depan aku akan belayar lagi..kali ini lebih jauh...dan aku mungkin kesaorangan....tak pelah....gegar juga sebenarnya tapi mesti tempuh....semuga ini pintu yang akan terbuka terus, telus dan berpulangan...Amin.....




Dicatat oleh Farid Adzlan Ghani di 06:58 0 ulasan

GANESH the boss

woii ingat Ganesh BB? antara pelajar india batch kita selain Kumar ABM. Ganesh ni macam Melayu dah..tapi melihatkan wajah terbarunya gerenti tak kenal punya..misai dia lebat macam Sivaji the Boss!!

Rabu, 18 Mac 2009

mana Lutfi?

Lan Mad Noor emel aku suruh cari Lutfi @ Pee BB..mana dia sekarang? Aku dengar dia jadi army..

Pee mana ko? Lan rinduuu!!!

Pee adalah rakan masjid ketari kami yang paling ganas dan taiko masa kecik tetapi pendiam apabila besar. Di Vokay pun dia low profile..
pi berkulit hitam manis ada di dalam gambar pada kepala blog ni..cuba cari!

geng ketari

untuk Yep Ketari- print out gambar klasik bawah ni.. tengok Jali, Kamar, Alang(mana dia sekarang?), Pilin pakai singlet, Pi @ Lotfi BB, Atan, arwah Manat abang Hamka,Haniros, Amat, Saiful Azam, abg Lan, Joe duck, Kama bilal Malek, Boy ingh sekerat..
Azhar abang Asri Landak, di adik Taza, Maskur adik Pi, Taza tengah nangis, Aku baju merah, Hamka dan Badrul


DARJAH 1


lagi gambar klasik kami waktu darjah 1..antara yang ada dalam gambar ni:-

aku, berdiri di kiri kali bahagian belakang,
lim soon hing AUTO gemuk sejak kecik lagi,
n0 4 dari kiri - Fohaimi Atf
no5 sebelah fohaimi Saari ELK yang telah memotong gambarnya sendiri..
(sebenarnya gambar ni dia punya dan diberi padaku semasa kat vokay)

n06- zainal tembam masa tu..
no8- Nali KFL

cuba tengok barisan belakang tu budak yang no 2 dari kanan dan no 3 serupa tak?
haa..depa kembar dan salah sorang dari mereka masuk vokay (Nurhain@adik ATF) abang kembar dia Marhain tak masuk vokay..

budak perempuan no4 barisan tengah yang pakai skaf putih tu Rosilawati ENK..

barisan depan yang duduk no6 dari kiri Shahril Latif ABM, no 9 Abang Rizal Atf (dia conteng muka dia dulu) dan hahahaha!
...duduk no 2 dari kanan TAM KFL..hahaha!!

Jumaat, 13 Mac 2009

Codek budak Temerloh

ingat codek auto atau nama sebenarnya KHAIRUL ANUAR ISHAK budak Teluk Sentang Temerloh yang pekat loghatnya dulu? alaahh..budak yang hobinya tidur tulahh..tapi dia pelajar terbaik, tahapa ilmu dia pakai tah..ni gambar dia dengan aku dan cobra.



ni gambar codek dan isteri bersama koleksi anak-anak mereka. Hebat cikgu2 kita dulu mengajar codek jadi seorang yang produktif.Codek kini setia di daerah asalnya. melihatkan wajahnya kini, aku yakin dia seorang guru silat

Sabtu, 7 Mac 2009

Senarai terkini!

wow! setakat ni aku dah dapat senarai yang boleh kita hubungi:-
1. Rizal Jelani (abang)ATF
2. Alia PPJ
3. Ahmad Niza ATF
4. Amir Zamree ATF
5. Anis Ayub BB
6. Shahril Latif ABM dan isteri Anis ENK
7. Arman ATF
8. Azura PPJ
9. Azam Sg Besar ELK
10. Azli Abd Rahim ENK
11. Azrul PPU (mat pet)
12. Azli Ghani ATF(cobra)
13. Khairul Anuar ATF (chodek)
14. Farid Adzlan glamour BB
15. Halim Musa ELK
16. Halim Shamsuddin Glamour ELK
17. Heikel Ashaari ENK
18. Hisham Azman (gantang) ELK
19. Rozieta (Eta) PPJ
20. Ismaliza PPJ
21. Suziana PPJ (suzy)
22. Rashidah PPJ dan suami Saleh Morat (ELK)
23. Jamal Hippies KFL
24. Nasri Tik (nancy) KFL
25. Ferdaus mokhtar AMB (kadoi ketari)
26. Razali ATF (kodek@Black)
27. Haniff Mukthar ATF (kanek)
28. Mohd Nizam Mohd Ramly ATF (Bob)
29. Mazlan Baharuddin ENK
30. Raffli Abd Rahim ENK (Pici)
31. Rosmaizah PPN
32. Roslan Md Nor PPU
33. Azman Ismail ATF (man Buaya)
34. Faezan Musfa PPU (mad Dog)
35. Norazman Sertik ATF
36. Normiyati PPJ
37. Nurhain Md Zain ATF (adik)
38. Rizaudin Kari ATF (bija)
39. Mohd Nor Fadzlin Amiruddin BB (pilin)
40. Shaari Ahmad ELK
41. Rostam Majid KFL
42. Shariff Malek ATF (Yep)
43. Zainal Abidin Ahmad Zathu ATF
44. Abd Rahim ENK (Mat Tension)
45. Nazri ENK (kecik)
46. Saupi ABM
47. Syahnazs ENK
48. Ganesh BB

tu belum termasuk senarai yang Alia ada seperti Balak, Azmi Sg Buloh, Rosedin, woii! mana lagii..ada sapa2 yang aku tertinggal tak?setakat bebudak bentong sekitar ketari benus dan chamang, no problem punye..ijan, abot, shahril ppn boleh cari senang je

Khamis, 5 Mac 2009

emel dari Mentakab

yeahh!! Amir Zamree Abd Mubin AUTO emel aku, dia kerja di Pahang, kampung asal dia di Mentakab..dia kirim gambar2 ni..wakaka! perati tengok otai Ramli Jelani dengan cikgu Azmie..huhu!!




gambar bawah ni jelas kelihatan muka rusa masuk kampung..alamak! jambulah cikgu Zarapi dengan cikgu Saupi..awokk nii!!



gambar aku kat bawah ni sebijik muka anak aku sekarang..haha! masa ni kami rasa macam mekanik F1.Amir Zamree mencangkung atas go kart sambil meletakkan tangan di bahu Bija @ Rizaudin

Rabu, 4 Mac 2009

bebudak yang kini dah jadi bapak budak!

Amacam! gambar kat tajuk atas berubah baru! ngam tak? haa..nanti kita tukar yg lain pulak..
selingan..
jangan panik! ni bukan gambar sekolah kita tapi nak bagitahu korang ada di antara kami dah berkawan sejak kecik lagi..tengok gambar di bawah!


berdiri barisan belakang kiri sekali rizal jelani (abang)AUTO, Yep, Shukri ABM (key), Ijan (raja norazizan auto), Ferdaus@Kadoi ketari ABM, Shaari Ahmad ELK,selang seorang tu Ho Seng Wai (ENK)..haa..barisan yang sama tapi no2 dari kanan tu Tam KFL..hahahaha!!

Aku berdiri kiri sekali di barisan tengah..
ketua darjah yang sebelah cikgu tu Shahril Latif ABM..

hehe! cute tapi caya tak gambar tu 25 tahun dulu..diulang 25 tahun duluuu!

konvoi ke BILUT part 2

29 mac ni konvoi ke BILUT siri ke 2 akan diadakan lagi..hisyy!!takde tempat lain ke?
apahal BILUT? Nak cari Rosyam Nor ke?

oh..tak! tarikh tu Saupi ABM pulak kahwin..
laa..ade lagi umat Bilut tak kahwin sedangkan 4 tahun lagi nak cecah 40tahun?nak dapat wahyu dah...

walaubagaimanapun, Alhamdulillah! bumi Bilut yang dulunya gersang kini kembali ceria setelah Chap kahwin, dan akan bertambah basah pada 29 mac ni..

ok! Zainal james bond akan umumkan berita susulan nanti!
kita akan ke BILUT lagi mengabihkan nasi minyak dan ABC Kow Po..
Saupi- asah kerismu!
LAN Md Nor- standby duit bateri keta!

Isnin, 2 Mac 2009

TERKINI! kawan-kawan 2009..

di bawah ni Zainal Auto, masih bujang dan masih kaya! boleh rekomen kalau ada mak sedara yang masih solo...


Gambar2 Tam, Heikel, Arman, Yep korang dah tengok..Haji Piciii!! hantar gambar segera!!Lan Mempaga dan lain2 sila bertindak segera!


kat bawah ni Rahim ENK atau Mat Tension, sekarang kat Doha kerja dengan Qatar Airways bukan saudagar unta seperti yang disangkakan..


man boya bersama helikopter mainan yang dibesarkan melalui superimpose technic..haha!woi dia army laahh!!

jamal hippies KFL (bawah)masih kekal dengan imej hippies..aku layan metallica baru dalam keta dia!




di atas ni Halim Shamsuddin ELK..makin segak walaupun posing macam dalam tandas