Sabtu, 31 Oktober 2009

Sazli Salleh dalam kenangan!

Bertubuh tegap tetapi pendek, rambut kerinting halus menyebabkan kawan-kawan menggelarnya "Ajik"- nama orang asli. Ada yang menggelarnya rambut radiator. Anehnya Mohd Sazli Salleh selesa dengan panggilan nama itu dan aku pernah lihat dia menulis di bukunya dengan ejaan "Ajex".
Lepas sekolah dia ke IKM Jasin kata kawan2 yang juga menyambung pelajaran ke sana. Sejak itu kami berusaha mencarinya tetapi gagal.
Uniknya Ajik, dia telah diharamkan masuk kelas Lukisan Teknik Cikgu Saupi tetapi dalam prep-class dia pulak yang mengajar kami yang bengong wal hal dia tak pernah masuk kelas pun. Ajik genius sebenarnya.
Dia nakal seperti budak2 lain juga. Merokok-ponteng kelas- biasalah! Cuma dia tak banyak cakap dan tak pandai sangat berkelakar. Hanya tersengih dan tumpang ketawa apabila diejek. tapi dia juga pandai bersukan. Takraw, bolasepak dan lain-lain dia pandai dan berkemahiran tinggi. Malah, Cikgu Ramli Jelani menaruh sepenuh kepercayaan kepadanya untuk memandu go-kart yang direkanya. Ajik juga 'pomen' nombor 2 selepas Cikgu RJ untuk go-kart ini.
Masih ingat zaman rock kapak. malam itu Funfair Bentong ada konsert Rusty Blade. Kami menggelupur teringin tetapi tak boleh keluar asrama. Ajik dan Penyu bertindak memanjat pagar dan menonton konsert. Malangnya mereka terserempak cikgu RJ warden asrama.
Roll call dibuat, Ajik dan Penyu dibelasah teruk - ditumbuk -disekeh- dihantuk kepala ke dinding- hidung Ajik berdarah, tetapi mereka budak lasak. Sedikit pun tidak menangis. Mujur juga zaman itu bukan zaman bebudak report kat mak bapak.

Aku dapat tahu dari rakan sekampung yang kebetulan mengenali juga Ajik. Dia kata Ajik sudah meninggal dunia tapi tak dinyatakan sebabnya. Aku minta dia sahkan betul2 dan dia jamin sahih. Ajik meninggal lebih dahulu dari Syed Amir (Penyu)

...Ah! Rupa-rupanya kedua-dua rockers panjat pagar ini sudah pulang dijemput Illahi.
Aku terasa juga syahdunya.
Al Fatihah! Semoga Ajik damai di sana bersama Penyu.

Sabtu, 12 September 2009

buka pose di Istana Budaya

Alia sedang membuli kambing bakar..

Neny, Fiza dan Heikel

4 September, Istana Budaya- Bekas pelajar vokaybentong dari 1stbatch, 2nd batch dan adik dari batch 2001 bertemu dan berbuka puasa (kalau tak pose pun buat macam pose jelah). Seperti lazimnya, tiadalah muka lain yang hadir kalau tak Alia, Azura, Ita dan suami Paul, Heikel. Neny dan Fiza pun ada. Jeffri 2nd batch dengan aa..siapa awek batch dia tuh?..lupa lak nama. dan ada seorang dari batch 2001...

Majlis amat meriah, maksud aku grup2 lain bikin meriah lah..tapi kite tetap happy dan meraikan suasana!

Selasa, 23 Jun 2009

STIM kahwin!!


Hisy! Lain macam je tajuk nih!! Daklah...Rahimi Kassim PPU atau dikenali dengan nama Stim atau Bozo akan melangsungkan perkahwinan pada Ahad 27 Jun 2009 ni di Kg. Lebu (rumah tepi kubur..hisy seram lak!)

Orait! Sesiapa nak konvoi macam biasa, rancanglah sendiri dengan geng2 kite..aku tak dapat pergi sebab kahwin...err...ada hal lain!

laa...ada lagi ropenye kengkawan yang tak kahwin lagi..pasaipa lah sampai lupa nih! Fiza, Shidah, Wahidah, Rosedin dah ada anak dara dan anak bujang dah! Balak pun sama...korang baru nak kahwin..yolah! Dah jodoh nak buat camana ye tak? Manalah tau lambat kahwin tapi terus sekali pasang lebih hehehe!
*gambar di atas bukan gambar Stim kahwin tapi gambar 11 tahun dulu, wedding of the year 7 hari 7 malam aku kahwin dengan isteri aku sekarang..SUMPAH! baru sekali je ni!

Jumaat, 5 Jun 2009

iklan..anjuran company aku!

woii!! Iklan jap! Company aku anjurkan program ni (klik kat gambar untuk pembesaran imej)

tempat terhad untuk 200 orang aje..hubungi aku untuk tempahan tiket layari di sini untuk info lanjut..

Sabtu, 23 Mei 2009

lawak lepas sekolah

aku tak berapa berkenan gambar bawah ni..gambar baru abis sekolah. Zaman lepak kat CM dan terkial2 mencari arah kehidupan..muka pun syahdu je. Yang kiri tu sepupu aku tetapi yang sebelah kanan tu HARIRY KFL..orang gelar dia dulu Hantu Raya. Mana dia sekarang. Dulu kami sangat rapat kemudiannya apabila masing2 mencari haluan, kita lost contact.

Yang bawah ni gambar camping di Balok, Kuantan pada tahun 92 tak silap aku. Farid kiri sekali, Anis berbaju kuning dan aku berjaket Y..Yang ambil gambar ni Azly BB @ Boyau yang demam akibat angin laut. Dia kesal kerana di tepi laut ni tiada air batu untuk dibuat teh ais. Malam apabila dia demam terpaksalah Farid dan Anis meredah hujan lebat mengetuk rumah orang dekat2 situ meminta panadol..
Kami pulang selepas penduduk di situ mengatakan bahawa berita di tv melaporkan musim tengkujuh dan ombak kuat sedang melanda. Azly yang demam memilih bas ekspress Kuantan -KL terus sementara kami memilih pulang secara mengembara..

Selasa, 19 Mei 2009

Ah! Zura.......

Zuriani Shukor, PPJ antara yang anggun di vokaybentong dulu kini seorang pharmacist di Temerloh. Krew vokaybentong.blogspot iaitu wartawan Alia dan Liza berjaya menjejaki Zura di habitatnya (lawak je) dan Zura jika dilihat di gambar ni ternyata lebih anggun dari dulu..(bodek sikit!)..

hai Zura, apa khabar!



lagi gambar-gambar di SELESA HILLHOMES Bukit Tinggi!

woit, jangan rapat sangat!

tak abis2 farid menipu..


pagi-pagi..



pulang marilah pulang, moga jumpa lagi!





cunnya...maksud aku yang kecik tu!



Azura Sham isteri aku dan Alia..






kenangan manis semanis senyuman Balak..




2010 adalah ulang tahun ke 20 kita tinggalkan sekolah. Balak beria-ia mengajak kita bikin program mega punya!
tungguuu!!





Ahad, 10 Mei 2009

sekitar reunion di selesa hillhomes bukit tinggi 9-10 mei 2009

cerita pun tak gune..layan je gambar dan video nih!!


bekas kaki snooker Rosedin dan Nasri Tik mengepool..

Zainal di sisi An-Nur anak gua..

Eta, Anis dan Rosedin dalam acara mengisi tembolok sampai penuh...terkenang legenda dewan makan vokay..


Heikel membuat silap mata dengan menghilangkan lamb chop dalam perut..




Balak dengan anak-anak gadisnya... sesiapa ada anak lelaki sila hubungi Balak untuk proses besan membesan..




Eta dan Farid mengkaji struktur jagung untuk disesuaikan di dalam usus masing2





Cek Nor Hamdan sedang menyanyi sementara isteri tercintanya Azura memberi komen selaku juri tetap..


makan makan juga..hati-hati jangan tertelan anak Alia!




beratur nak ambil apa?



apahal depa ni?


ohohoh...surprise depa buat untuk besday anak-anak aku!..terima kasih geng!!
yang bawah ni video..klik kat tanda play (>)...pada 2 gambar tu..(nota untuk yang buta IT


Jumaat, 8 Mei 2009

konvoi ke Bukit Tinggi

esok Sabtu 9 Mei kalau nak konvoi ke Bukit Tinggi sila tunggu pada jam 1.30pm waktu melayu di stesen BHP sekilometer selepas tol gombak..
(tempat ni dah register sebagai terminal transit kite..keh keh keh!)

jumpa di sana!!!!!!!!!!!!!

(tak sabar nak jumpa ayam BBQ)

*catatan ini dibuat pada Jumaat 8mei jam 6pm tepat waktu negeri Perak...

Selasa, 5 Mei 2009

woii standby sabtu nihh!!

hari semakin hampirr!!!
9 mei tinggal beberapa hari lagi..Ayuhh!!!

Selesa Hillhomes Bukit Tinggi bermula 2 petang..karaoke nonstop 3 jam..Heikel belanja (dia ni kaki karaoke)
Malam BBQ dan berborak sampai pagi..geng2 Bentong yang tak menginap di situ pun akan turun!!

ingin jumpa ALIA si juara malam suaimesra 1989?
atau Azura si ratu Jawa teranggun dulu (hingga kini weh!)
atau geng glamer dia yg lain macam Eta dan Liza?


Taiko pencen Nasri Tik, Balak, Shamser, Lan Md Noor pun ada...
atau si bilal Rosedin?
Heikel dan Mazli kaki tenis (jangan tukarkan huruf t kepada p)

Anis Ayub budak yang senyap tapi kreatif, Yep Ketari dan Abang Rizal..
farid glamer turun dari brunei woiii!! Zainal pulak turun dari bulan..

RAMAI OOO!!

PENULIS BLOG NI YANG COMEL BERJANGGUT SEJEMPUT PUN ADA!

see u there

Selasa, 21 April 2009

REUNION DI BUKIT TINGGI!!

CONFIRM 9-10 MEI NI DI BUKIT TINGGI!!

Sewa Apartment 1bilik, 2 atau 3 bilik..
Petang ada karaoke selama 3 jam
Malam ada BBQ dan beborak!!

20 family dah confirm!!
Ayuh!! daftar dan bayar segera sebelum Jumaat 24 April!!

Maklumat lanjut dan bayaran tanya Alia dan Azura..

Hubungi aku 0166094079 jika tak tahu nombor mereka..

thanx guys!

Kedua-dua anak aku masuk wad akibat sesak nafas kerana jangkitan paru-paru. Aku tak dapat hadir di Istana Budaya tempoh hari.

Terima kasih Jamal Hippies dan Nizam(Ganesh) kerana sudi telefon dan sms.

Juga terima kasih Azura, Eta, Rosedin dan Heikel kerana sudi melawat dan belasah sate Kajang di Medan Selera lepas tu.. Heikel belanja wehh!

Jumpa di Selesa Hillhomes Bukit Tinggiii!!!

Sabtu, 18 April 2009

PENYU meninggal dunia?

bukan nak bersenda untuk tajuk di atas... sekadar untuk mudah mengingati..

Dol dapat maklumat dari sumber sekampung kawan kita ini bahawa Syed Amir Putra ELK atau popular dengan nama gelarannya- PENYU telah meninggal dunia 2-3 tahun lepas kerana 'sakit'..

AL FATIHAH!

Jumaat, 17 April 2009

DOL kembali!!!

Senarai geng kita makin bertambah panjang apabila Dol telefon aku..

Ingat Dol? Ya!! Dzulkifli Atan PPU..
Lelaki bertubuh sasa dahulu..

Kami bersembang bertanya khabar dan melepaskan kerinduan..chewah!.. segalanya baik belaka dan Dol juga sudah berkeluarga.

INGAT!!!
Malam esok (Sabtu 18hb) jom ke Laman Santai Istana Budaya..Perhimpunan haram bebudak Ex Vokaybentong 1st batch menonton persembahan guitaris legenda Vokaybentong, TAM KFL..batch lain pun dijemput datang....ROCK Da town!!!

Jumaat, 10 April 2009

bapa ARMAN meninggal dunia

Zainal sms aku bagitahu bapa Arman pula meninggal dunia 9 malam tadi (Jumaat 10 Apr).
Aku hubungi Arman tadi, dia kata jenazah akan dikebumikan di Sertik, Bentong tengahari ni Sabtu 11 April..

Al Fatihah!

Bapa BALAK meninggal dunia. Al Fatihah!

bapa Shamsul Amri PPU @ Balak meninggal dunia pada hari Khamis 9.00-9.30 malam dan jenazah telah sempurna dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Cheras Baru pada 10 pagi Jumaat 10 April.

Aku, Lan PPU, Jamal Hippies, Shamser PPU, Alia, Azura dan Eta sempat menziarahi pagi tadi. Semoga keluarga Balak tabah dan redha.

AL FATIHAH!

Khamis, 9 April 2009

gathering 1st dan 2nd batch 9-10 Mei ni!!

Kami sedang berusaha meninjau tempat2 gathering untuk program seperti tajuk di atas.. antara dalam siasatan ialah:-

1- di Janda Baik
2- Bukit Tinggi
3- Rest House Bentong
4- Bagan Lalang Resort
5- PD

Anggaran 30 bilik dan mesyuarat selanjutnya Selasa 14 Apr 8pm di IB lagi! Yang penting kami kena tahu siapa nak join (beserta keluarga). Sesiapa yang nak join sila hubungi:-

Azura (0163240101) dan Eta (0192777989) bagi kawasan KL dan Selangor
Affandi (0166094079) sesiapa yang di Pahang

atau daftar saja di blog ni dalam ruangan komen...

Alia akan menghubungi mana2 yang dia dapat sama ada 1st atau 2nd batch...

Kita kena cepat, masa suntuk!

Program tak banyak, hanya BBQ dan sembang2 saja...meeting program akan diadakan pada 10 Mei sambil berpiknik sebelum balik ke rumah masing2...

AYUH! JANGAN MENUAKAN DIRI! JOMMM!!

gambar reunion di ISTANA BUDAYA 3 Apr

terima kasih Fiza sebab emelkan gambar ni..
1) Salleh Morat baju merah, Balak menutup mulut, cikgu Ramli Jelani dan Nizam @ Ganesh

2) Heikel sempat menelefon lagi..sibuk ngalahkan PM


3) Rashidah dan Suzy- kawan akrab sejak dulu hingga kini..


4) Faezah, Eta, Azura (tak payah diperkenalkan lagi..well known!)




4) Anis berkaca mata, Heikel masih dengan handphone dan baju coklat ni..er.. sapa ha? lupa lak!




5) Alia, Azura dan Faezah..(kuat no bergambor)



6) haha! bekas peserta ratu vokay bentong 89-90..masih ayu!(Suzy, Faezah, Eta, Azura, Alia dan Fiza yang dah ada anak dara..







7) Heikel (dah tak telefon), cikgu Rosmadi, Anis, cikgu RJ, Nizam/ Ganesh dengan anaknya



Zainal datang lambat, so gambar dia takde..cuba lagi!!









Isnin, 6 April 2009

Saufi ABM kahwin, yak yak yeah!!

macam biasa, sesi berjumpa sifu lama mesti ade..Cikgu Mat Shah ternganga mendengar tipu helah anak2 muridnya. Jamal masih kecewa sebab cikgu masih gagal mengingatinya


bawah: Rizalman ABM @ lompong dengan otai Saupi Mamat


bawah: Nasri, pengantin bulan lepas Chap, Jamri dan Nazri


bawah: awek lama yang masih anggun:- Paul (suami Eta, Azura, Alia dan Eta)




Setelah diugut bunuh, barulah Azam Yassin emel gambar2 majlis persandingan Saufi ABM di Lurah Bilut hujung Mac haritu..
Aku tak dapat pergi sebab anak mask wad..maka dengan seribu dengki aku keluarkan gambar2 ni..grrrrr!!! (kalau ada masa aku uploadkan ke semua gambar, ni sebahagian je)



atas: korang tengok dan tekalah sapa2..ada Nan dawai, Jamri KFL, Nazri ENK @ kecik, yang lain semua muka lama

SELAMAT PENGANTIN BARU SAUFI, BAHAGIA SENTIASA!


Ahad, 5 April 2009

PROGRAM REUNION LAGI 9-10 MEI

WOII! PROGRAM REUNION 9-10 MEI ni telah kami bincangkan di Istana Budaya tempohari, pada mulanya hendak dibuat di Janda Baik tapi Zainal bagitahu full house...

lalu kami menukar plan ke Lembah Azwen, Hulu Langat. Tempat bagus, cuba tengok (klik sini)

Tapi kita kena confirm sekarang dan pergi booking.
Penganjuran ini untuk first dan second batch saja..yang lain2 maaf, kita akan plan lain nanti ye?
ok, sila confirm kat sini klik kat ulasan tu dan daftar lepas tu kami akan minta deposit sebab nak booking ada deposit beb..

kita akan bikin BBQ dan macam2 lagi..CEPATTT!!

Sabtu, 4 April 2009

kecoh di ISTANA BUDAYA!

ISTANA BUDAYA malam tadi kecoh bila makbapak budak bekas vokay bentong bertemu! Aku sekeluarga sampai 9mlm akibat wirid terlalu lama di jalanraya..dah ada kat kafe tu- Alia, Suzy dan seorang anaknya, Faizah, Eta, Azura,Fiza, Nizam@ Ganesh dengan isteri dan anak, Anis Ayub, Heikel, Cikgu Ramli Jelani dan Cikgu Rusmadi..ceh! Alia dah tak sabar nak habiskan makanan...

Balak yang balik sebentar datang semula disusuli Salleh Morat dan Rashidah (mujur tak bawak ke semua anaknya, kalau tidak tentu Alia jadi pengetua nursery malam tuh!)..Zainal kemudiannya datang dengan anaknya..er..anak tekak je..

maaf! handphone aku sewel- gambar2 tak dapat diupload, mungkin Fiza yg bawak kamera akan emel nanti, kalau handphone aku dah normal macam Heikel, akan kuuploadkan!

..dan kami telah merancang satu program yang akan diberitahu nanti..
TUNGGUUUUUUUUU!!!!

*WOIIII!! gambar kat majlis Saufi haritu bila nak emel?? Ramai yang ade haritu..

Rabu, 1 April 2009

JUMAAT NI KITA JUMPA!!!

JUMAAT 3 APRIL JAM 8 MALAM ni jom join makan2 (apa lagi nak buat selain makan?) di ISTANA BUDAYA..bayar RM 15,

jomlaahhh!! sapa nak join datang jelah atau bagitahu aku..no telefon ade kat blog ni..bukakan mata anda! atau hubungi Alia :- 0192806291

artis jemputan:-
1) Jamal the Hippies
2) Tam HAPPY NIGHTMARE

penceramah undangan:-
ustaz prof. madya Dr Azli bekas ketua EXCO batch kite dengan tajuk:- JADILAH MAK BAPAK YANG BAIK, LUPAKANLAH ROCK DAN KARAOKE TUH HAHA!

yang diundang tapi pasti tak datang:-
RAHIM sebab kat DOHA
FARID sebab kat Brunei...melainkan mereka gila boleh muncul sekelip mata!

aku, FENDI berjanji akan SPONSOR sesuatu untuk majlis ini iaitu- PENCUNGKIL GIGI!
HAHAHA!

AYUUUUUUUUUUHHHHHHHHHH!!!!

hahaha! TERKINI, kHAMIS 6PTG YANG CONFIRM ADA:-
AKU,
FIZA ppn
eTA ppJ
aZURA PPJ
nORMY PPJ
ANIS BB
CHAP KFL (PENGANTIN)
AMIRUL NIZAM @ gANESH bb
FAIZAH PPJ
SUZY PPJ
heikel ENK
BALAK ppu
ALIA ppj
CIKGU RAMLI JELANI

Isnin, 30 Mac 2009

WOIITT!! PENGUMUMAN!!!

BARISAN AJK EVENT MENGUMUMKAN pelancaran dan pelawaan kepada semua bekas-bekas pelajar sejak tahun 1989 sehingga 2008 bagi menyertai 'Ex. SEMENTA GATHERING DINNER 2009' besar-besaran yang akan di adakan seperti berikut :-

TARIKH : 13 JUNE 2009
TEMPAT : SELESA BEACH RESORT, PORT DICKSON
MASA : 8pm - 11pm
JENIS MAJLIS : MAKAN MALAM
PAKAIAN : SOPAN DAN KEMAS
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 8 MAY 2009
# Penyertaan selepas tarikh berkenaan tidak dapat di layan.
# Penyertaan adalah terhad tertakluk kepada kapasiti BallRoom Hotel.
# Kesediaan lokasi tertakluk kepada tempahan.

Yuran yang di kenakan adalah seperti berikut :-

1.) Seorang RM60
2.) Kanak-kanak RM36 (4~12th.)
# Tertakluk kepada perubahan situasi semasa hotel

Lain-lain,

1.) T-Shirt Rasmi Limited Edition RM30/sehelai
2.) Stiker Kereta Limited Edition RM5/sehelai
# Tertakluk kepada permintaan

Penginapan,

Kami mengesyorkan penginapan termurah iatu di Palm Spring yang di lengkapi kemudahan berikut :-

1.) Jakuzi
2.) Kolam Mandi
3.) Taman Permainan Kanak-kanak
4.) Go-Kart
5.) PaintBall

Master Bedroom dengan kadar RM90 semalam. (Maklumat terkini dari Resort-> RM85 termasuk Breakfast)
# Selain dari itu, kami akan selidik kemudian bergantung kepada permintaan.

*** Kepada peserta SMT & SMV Bentong Reunion 2009, kami mengalu-alukan dan sangat berterima kasih kepada anda yang kekal dengan semangat Reunion menyertai Majlis yang pertama dan terakhir dekad ini.

Pendaftaran kini dibuka dan pembayaran boleh dibuat terus ke akaun MAYBANK 106138045744 ( AHMAD ZAHIDI B. ZAINAL - webmaster ) SAHAJA.

Sila SMS kan butiran seperti berikut selepas membuat pembayaran:

ke 014 - 5434 221 . Pihak pengurusan akan mengesahkan pembayaran anda dalam masa terdekat.

Sebagai contoh:
AHMAD ZAHIDI ZAINAL 800221065888 RM75 1284660561

Ahad, 29 Mac 2009

bercanda di pasiran pantai


bila dorm kami A3 menang pertandingan dorm terbersiah, cikgu membawa ahli dorm kami ke Kuantan, makan angin di Teluk Cempedak..ni gambar kami dengan imej rock kapak@ hippies, ada yang pakai seluar boot cut, hahaha! aku rasa kawan2 lain ada banyak koleksi gambar2 di Kuantan ni..aku sendiri ada bergambar dengan Alia tapi tak tahu kamera sapa...
dari kiri:- Sabut KFL, Tam ELK, Kecik PPU, Nasir Ani PPU, Salleh Lobang ENK, Zaidi Ani(Adik)BB aku dan Lan md Noor..

Khamis, 26 Mac 2009

berita mengejutkan!!

BERITA PERTAMA YANG MENGEJUTKAN!
Aku terima emel dari seseorang yang bernama AMIRUL NIZAM yang katanya kursus BB batch kita 89-90 yang aku confirm rasa tak ada mamat bernama tu..bila aku buka file gambar yang dia attach aku terkejut itu gambar Ganesh macam di bawah ni:



aku telefon Ganesh dan tanyakan khabar lebih kurang...dan dia berkata memang dia dah jadi seorang muslim yang bernama sedemikian..ALHAMDULILLAH!

"habis, dah muka pun lebih kurang Melayu, convertlah hahaha!!" kata Ganesh yang tetap gemar ketawa macam dulu..

Farid di U.K (Ulu Klang)

Ahad, 2009 Mac 22
little Sakai in UK..part 1





Segala syukur pada yang kuasa diatas rezekinya..alhamdulillah...

lepas korea aku blah pegi UK 11 hari aku kat sana...sempat jugak aku cilok sehari ke Paris...Vienna aku intai...mahal tiket kesana...aku patut book awal..kawan aku kat Vienna dah gumbira sangat aku nak datang..tapi tak kesampaian...kali ni rezeki aku sampai UK dan France..heheh dah cukup lumayan.....kaya ko ni kata kawan aku...aku aminkan dulu...hahahha aku ketawa..duit sendiri memang tak mungkin sampai kata ku...ini semua projek....kerja....dan kerja aku macamnilah...tapi kaya memang aku selalu minta Amin....

Gugup nya aku dlm Flight nak ke UK ..aku nak tempuh lebih 16 jam dalam kapal terbang..sorang!!!! masa cabin crew bagi aku towel panas..aku rasa macam nak keluar balik dari kapal terbang....tapi aku terkenang berapa ramai yang akan mengetawakan aku nanti..aku tabahkan hati....

1st time ke UK sorang pulak tu...bukan satu benda yang mudah..aku ada gak berjalan jauh tapi selalunya at least berdua....Heathrow memang lapangan terbang yang sibuk....nak landing pun ada 45 minint Royal Brunei Airlines terpaksa menunggu cue....aku tengok dari cermin banyak lagi kapal terbang yang pusing -pusing tunggu turn.....landing... aku kagum..memang besor lapangan terbang dia......security memang ketat aku ditanya pelbagai soalan...slang English diorang tu mengelirukan aku...slang aku apa lagi...aku kata kawan aku kat Bristol buat film study.....dia kata hah!!! freedom study???? terpaksa aku ulang sekali lagi sambil tangan aku mengayakan orang shoting siap tangan pusing pusing lagi..akhirnya kami sama -sama ketawa....


lepas dari imigresen hati aku senang sikit terus keluar dan cari telefon..aku call kawan aku kat Bristol...dan Titin adik Pitt untuk bagi tahu yang aku dah sampai...diorang mungkin blur pasal masa tu waktu di kota London baru pukul 7 pagi..orang tengah tido beb hahahh.....aku kembali celaru....tak tahu mana nak dituju....bukan pasal tak tahu membaca ( banyak signboard) tapi tak terbayang geografinya...akhirnya aku decide cari stesen bas...aku nampak ada awek pakai tudung bawa beg dengan dua tiga orang awek lagi..aku bagi salam dia jawab ..aku tanya Brunei ke Malaysia dia cakap Malaysia..sambil makin cuba menjauhkan diri dari aku..aku cakap aku nak pergi stesen bus..dia cakap ikut je signboard...sampai kat lif dia cuba untuk tak masuk llif dengan aku....mmmm kawan aku cakap orang melayu kat London ni memang sombong....aku rasa diorang bukan sombong..tapi terlalu berperansangka .........


Ahad, 2009 Mac 22

sampai di stesen bas ( jalan dari terminal tak jauh mana pun...) aku pun belilah tiket kat kaunter..hehe tersenyum aku ..pertama kali orang putih panggil aku sir hahah dalam hati ku 44 orang lagi panggil aku sir...tahun depan dapat dato aku hahah sakai betul....sementara nak tunggu bas aku ternampak dua tiga orang muda ..pakaian macam orang lepak kat CM muka pun muka melayu ...aku senyum..diorang berpaling arah lain..orang putih dibelakangnya senyum arah ku...heheh orang melayu memang lebih bersopan santun dari orang putih......aku tak ambil hati...mungkin diorang pun macam aku...tengah risau tak tahu nak kemana..dan sentiasa berperasangka.......



aku membuat pilihan yang tepat ... sebenarnya banyak lagi cara nak ke kota London dari heathrow...yang paling popular dan cepat pakai keretapai ala LRT tapi bawah tanah...aku pikir kalau bawah tanah sure aku tak dapat tengok apa-apa..so aku pilih bas....lama sikit tapi aku dapat gambaran awal mengenai geografi dan orang disini....ooo walaupun dah bulan 3 tapi UK tetap sejuk bagi aku...sejuk sejuk.. mungkin sebab itu allah bagi aku rezeki ke Korea supaya aku bersedia....maha pengasih dan penyayang terhadap hambanya.....tapi sejuk-camtu pun awek diorang selamba je pakai skirt hahaha....mungkin juga untuk aku supaya lebih tenang....hehehehe

nanti aku sambung lagi
Dicatat oleh Farid Adzlan Ghani di 04:58 1 ulasan

Isnin, 23 Mac 2009

misteri Mail Shahidin.

Mail ABM menyimpan seribu misteri.. kami sekampung dan rumah aku dengan dia tak jauh, 2 batang rokok selit celah telinga sampaile..

misteri Mail ialah dia akan mengigau setiap kali tepat pukul 1 malam..
wa serius..BETULL!!
ngigau tahap seram punya..siap kami boleh bercakap2 dengannya..
Zainal katil sebelah cukup takut.. pernah sekali dia bangun mengigau membebel2 dalam bahas yang tak difahami..Zainal yang marah2 takut melontarkan bantal ke arahnya..
yang paling hampeh sekali- dia selamba je sambut bantal tu dan tidur buat bantal peluk..kecewa Zainal..

Aku sendiri terkejut pada suatu tengah malam bila tersedar katil bergerak, tengok2 dia kat atas tilam aku menjenguk muka aku dari arah yang dekat..
rasa nak terajang tapi...seram oo!

Bila kita ceritakan kat dia pada siangnya dia bantai tergelak, langsung tak risau dengan masalah akibat mengganggu ketenteraman warga dorm A1..

paling misteri bila suatu malam tepat 1 malam dia bangun dan...
MENARI SUMAZAU !!
cehh!! hantu Sabah la pulokk!

pagi yang indah..



ni dorm A1..pagi yang indah..
ada kanek, panjang PPU, lan mad noor, zainal, aku jamal hippies

Jumaat, 20 Mac 2009

..from korea with luv


Sabtu, 2009 Februari 28
Kembang Layar

lama betul aku tak menulis...sibuk sangat tak juga tapi ada kerja yang lebih perlu di siapkan sebelum aku belayar lagi....aku berpeluang ke negara Korea minggu lepas..uiiii...alhamdulillah...rezeki ..memang rezeki....walaupun bukan pergi berjalan makan angin...tapi at least dapat gak aku kesana...3 -4 dulu aku merancang merencana rancangan supaya dapat pergi ke luar negara ...buat program tv ..tapi masa tu mungkin belum masa...alhamdulillah...setelah 4 tahun dia mula datang...lambat!!! tak pelah...at least jadi....so minggu depan aku akan belayar lagi..kali ini lebih jauh...dan aku mungkin kesaorangan....tak pelah....gegar juga sebenarnya tapi mesti tempuh....semuga ini pintu yang akan terbuka terus, telus dan berpulangan...Amin.....




Dicatat oleh Farid Adzlan Ghani di 06:58 0 ulasan