Sabtu, 31 Oktober 2009

Sazli Salleh dalam kenangan!

Bertubuh tegap tetapi pendek, rambut kerinting halus menyebabkan kawan-kawan menggelarnya "Ajik"- nama orang asli. Ada yang menggelarnya rambut radiator. Anehnya Mohd Sazli Salleh selesa dengan panggilan nama itu dan aku pernah lihat dia menulis di bukunya dengan ejaan "Ajex".
Lepas sekolah dia ke IKM Jasin kata kawan2 yang juga menyambung pelajaran ke sana. Sejak itu kami berusaha mencarinya tetapi gagal.
Uniknya Ajik, dia telah diharamkan masuk kelas Lukisan Teknik Cikgu Saupi tetapi dalam prep-class dia pulak yang mengajar kami yang bengong wal hal dia tak pernah masuk kelas pun. Ajik genius sebenarnya.
Dia nakal seperti budak2 lain juga. Merokok-ponteng kelas- biasalah! Cuma dia tak banyak cakap dan tak pandai sangat berkelakar. Hanya tersengih dan tumpang ketawa apabila diejek. tapi dia juga pandai bersukan. Takraw, bolasepak dan lain-lain dia pandai dan berkemahiran tinggi. Malah, Cikgu Ramli Jelani menaruh sepenuh kepercayaan kepadanya untuk memandu go-kart yang direkanya. Ajik juga 'pomen' nombor 2 selepas Cikgu RJ untuk go-kart ini.
Masih ingat zaman rock kapak. malam itu Funfair Bentong ada konsert Rusty Blade. Kami menggelupur teringin tetapi tak boleh keluar asrama. Ajik dan Penyu bertindak memanjat pagar dan menonton konsert. Malangnya mereka terserempak cikgu RJ warden asrama.
Roll call dibuat, Ajik dan Penyu dibelasah teruk - ditumbuk -disekeh- dihantuk kepala ke dinding- hidung Ajik berdarah, tetapi mereka budak lasak. Sedikit pun tidak menangis. Mujur juga zaman itu bukan zaman bebudak report kat mak bapak.

Aku dapat tahu dari rakan sekampung yang kebetulan mengenali juga Ajik. Dia kata Ajik sudah meninggal dunia tapi tak dinyatakan sebabnya. Aku minta dia sahkan betul2 dan dia jamin sahih. Ajik meninggal lebih dahulu dari Syed Amir (Penyu)

...Ah! Rupa-rupanya kedua-dua rockers panjat pagar ini sudah pulang dijemput Illahi.
Aku terasa juga syahdunya.
Al Fatihah! Semoga Ajik damai di sana bersama Penyu.

4 ulasan:

AnakSemuaBangsa berkata...

innalilah..setiap yang hidup pasti akan merasai mati..
Antara killer takraw terbaik bentong..

Codek@Automotif berkata...

Ajik dah lama tinggalkan kite ke..shahdu koi dengar..tiba2 dah tak de...kenapa dan bila ?

Tanpa Nama berkata...

innalillah...last ku jumpa dia di ss24 shah alam...dia panggil aku waktu aku lalu di bawah flat yg dia sewa...aku tak tau begini sudahnya

jufarif nor berkata...

Alfatihah buat arwah..