Jumaat, 31 Oktober 2008

dinginnya di malam itu, suasana pilu!

oleh kerana takde senior sebab kami batch pertama, maka minggu orientasi kami diragging oleh cikgu2 dan warden2 baru lagi muda belia! ada yang baru posting masa tu!
masak kami dikerjakan!!!
sesekali kami merasa seperti menjadi tawanan perang di kem Zionis..hihi!! Jeneral Supardi dan komrad2nya yang brutal seperti Leftenan RJ, Sarjan Isom, Pegawai waran 11 Ramli Asun dan askar gurkha Saupi Mamat kami anggap seperti orang jahat yang cuba menganggu ketenteraman hidup kami yang perasan seperti gangster...

malam tu selepas minum malam, roll call dilakukan dan warden buat spot check..laa apasal tak cakap seluar jeans tak dibenarkan di asrama..warden merampas jeans kawan2 aku...mereka yang tak pakai seluar dalam terpaksa berlari naik ke dorm dalam keadaan kesejukan..mujurlah baju tak disuruh buka kalau tidak akan hebohlah aspuri terlihat toyol!

...aku bersyukur kerana dilahirkan miskin dan tak mampu memiliki sehelai jeans pun masa tu..terselamatlah aku dari serangan malam dingin yang kejam lagi bisa...silap2 boleh kena angin pasang yop!

kami, rock kapak, Rusty Blade dan RJ!

ingat tak geng, zaman rock kapak menggila..Rusty Blade datang bikin konsert kat funfair Bentong..macam tak caya beb...Sazli(Ajek) dan syed Amir Putra(penyu) meredah pagar asrama menebas hutan belukar akibat rock punya penangan...
sudah puas banging, mereka pun berjalan kaki balik..waktu melintas jalan di Ketari, cikgu Ramli Jelani yang menunggang motosikal lalu depan mereka..fuh! nasib baik dia tak nampak...

Pala hotak hang dia tak nampak..!! Sampai di hostel, RJ terus bikin Roll Call spot check sapa yang runner..

Sazli dan amir kantoi lalu dibelasah ibarat Hulk Hogan membelasah anak kambing..hidung ajek berdarah!!
tapi masa tu takde kes ngadu2 kat mak...hehehe!!

Sabtu, 18 Oktober 2008

Alia: Zur Eda vokay bentong..

Alia atau nama sebenarnya Marhanizam Mat Ros PPJ jadi ratu malam tu..malam penutup minggu suaikenal pelajar baru SMVB 89-90...dia nyanyi lagu Zur Eda "Kaulah Pelita dalam hidupku"(ye ke tajuk dia camtu?)..
Hezri Rashidi dengan Tika Dan saat Ini- aku tak berapa ingat peserta lain..Arman muhyiddin lagu Inggeris...masa tu ujibakat memang betul2 serius..peserta2 memang berkualiti gak..almaklumlah zaman karaoke belum ada..yang sumbang-mambang memang tak berani beradu punya!!
oh ya! pemuzik dah tentulah Tam (guitar), Nali (2nd lead/rhythm),Remy(bass) dan drummer bertukar2,,Farid Glamour, Farid columnist(hehe!)..

hari ni Alia antara ex-student yang aktif jika ada majlis reunion atau gathering..jarang dia takde atau majlis takkan berseri tanpanya...
masih macam dulu..dia happy go lucky, kuat ketawa dan sangat menyenangkan..
you rock sis!
"Kaulah Pelita dalam hidupku
tanpamu hidup tak bererti!"

*teringat waktu awal2 habis sekolah waktu kami selalu lepak2 kat CM (90-91)..kami nonton cerita HOOK kat wayang...bila adegan lawak je...alia ketawa sampai satu panggung dengar..ada gak orang ketawa pasal dengar dia ketawa..hehe!! kau dah lupakan Alia?

Isnin, 13 Oktober 2008

KFL 89-90


ROSTAM selongkar kotak2 dia lalu terjumpa gambar2 kawan2 KFLnya...sila hubungi Tam melalui blog ni. Dia sedang mencari geng2 KFL nya semula terutama CHAP (sabri)

Khamis, 9 Oktober 2008

salam rindu dan Aidilfitri dari Arman Muhyiddin Auto 89-90


dia ni yang jadi Hang Tuah tuu....nanti aku siarkan emel kawan2 yang kirim pd aku

Selasa, 7 Oktober 2008

Isnin, 6 Oktober 2008

raya dan memori!


tahun ni raya best!..

selain dapat contact member2 lama seperti halim,farid dan niza

berpeluang berborak2 di mlm raya dengan geng2 ketari auto:rizal jelani ,sharif@yep,pilin BB,shahril latiff ABM,Saari ELK,faiezan atau maddog PPU

beraya dengan kodek di rumah bob auto@ nizam ramly..sayang tak sempat amik gambo

haa! ni ada gambar rostam majid KFL terbaru!!