Jumaat, 31 Oktober 2008

dinginnya di malam itu, suasana pilu!

oleh kerana takde senior sebab kami batch pertama, maka minggu orientasi kami diragging oleh cikgu2 dan warden2 baru lagi muda belia! ada yang baru posting masa tu!
masak kami dikerjakan!!!
sesekali kami merasa seperti menjadi tawanan perang di kem Zionis..hihi!! Jeneral Supardi dan komrad2nya yang brutal seperti Leftenan RJ, Sarjan Isom, Pegawai waran 11 Ramli Asun dan askar gurkha Saupi Mamat kami anggap seperti orang jahat yang cuba menganggu ketenteraman hidup kami yang perasan seperti gangster...

malam tu selepas minum malam, roll call dilakukan dan warden buat spot check..laa apasal tak cakap seluar jeans tak dibenarkan di asrama..warden merampas jeans kawan2 aku...mereka yang tak pakai seluar dalam terpaksa berlari naik ke dorm dalam keadaan kesejukan..mujurlah baju tak disuruh buka kalau tidak akan hebohlah aspuri terlihat toyol!

...aku bersyukur kerana dilahirkan miskin dan tak mampu memiliki sehelai jeans pun masa tu..terselamatlah aku dari serangan malam dingin yang kejam lagi bisa...silap2 boleh kena angin pasang yop!

1 ulasan:

AnakSemuaBangsa berkata...

huawhuawhuaw..wakakakaka..kena ragging lor..tp pengajaran dan pengalaman ini sebenarnya indah dan sukar untuk dilupakan..
respect kulup sakah..