Sabtu, 18 Oktober 2008

Alia: Zur Eda vokay bentong..

Alia atau nama sebenarnya Marhanizam Mat Ros PPJ jadi ratu malam tu..malam penutup minggu suaikenal pelajar baru SMVB 89-90...dia nyanyi lagu Zur Eda "Kaulah Pelita dalam hidupku"(ye ke tajuk dia camtu?)..
Hezri Rashidi dengan Tika Dan saat Ini- aku tak berapa ingat peserta lain..Arman muhyiddin lagu Inggeris...masa tu ujibakat memang betul2 serius..peserta2 memang berkualiti gak..almaklumlah zaman karaoke belum ada..yang sumbang-mambang memang tak berani beradu punya!!
oh ya! pemuzik dah tentulah Tam (guitar), Nali (2nd lead/rhythm),Remy(bass) dan drummer bertukar2,,Farid Glamour, Farid columnist(hehe!)..

hari ni Alia antara ex-student yang aktif jika ada majlis reunion atau gathering..jarang dia takde atau majlis takkan berseri tanpanya...
masih macam dulu..dia happy go lucky, kuat ketawa dan sangat menyenangkan..
you rock sis!
"Kaulah Pelita dalam hidupku
tanpamu hidup tak bererti!"

*teringat waktu awal2 habis sekolah waktu kami selalu lepak2 kat CM (90-91)..kami nonton cerita HOOK kat wayang...bila adegan lawak je...alia ketawa sampai satu panggung dengar..ada gak orang ketawa pasal dengar dia ketawa..hehe!! kau dah lupakan Alia?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Haloo Fendi, kau ni!! pagi2 wat aku tersengeh sampai ke telinga sampai office mate aku cakap "Akak Alia ni ngapa? sengeh sorang2 depan PC" mauahahahahha.... Sebenarnya aku pun lupa tajuk sebenar lagu tu rasa2nya Kau Yang Kusayang & mmg dari Zur Eda. Lagu Kau Pelitaku tu aku nyanyi masa akhir tahun 1989, menang lagi... Aku rasa klu aku nyanyi lagu penyanyi lain mmg tak menang lah... hehehe
Tapi itulah kenangan paling manis/ berharga/indah dlm hidup aku. Secara keseluruhannya klu aku ingat Vokay 89/90 mmg sahdu.
Aku mmg ingat yg kita tgk wayang tu citer Hook. Ko ngan Anis kan aku ngan Kakak aku.... masa tu mmg aku mereng sikit... tak ingat nya ketawa.

Tanpa Nama berkata...

Kenangan aku masa menang minggu orientation sekolah tahun 89 tu mmg segar dlm ingatan aku. Actually aku kena cabar ngan Eta suh aku gi depan nyanyi masa tu Cikgu RJ (ohh!!! muahahahaaa) pegang helear (tul ke ejaan tu) aku pun mengigil lutut terus nyanyi... fuhh tak sangka plak dpt tepukan gemuruh. Ko tau mmg aku suka menyanyi tapi sekolah lama tak pernah bg peluang pun kat aku iyalah.. aku ni kan bukan nya cantik/cun, body pun ko tau lah kan.. kan.. :) tapi SMVB lain satu2nya sekolah yg tak menyisihkan aku...

Minggu orientasi tu mmg best pemenang nya aku lah kan.. kan.. No. 2 Hezri (manalah dia ni kan..), No. 3 si Zamani (1st BF Liza muahahaha)

Selepas tu menyanyi lah aku sampai ke Chamang menang no. 2 (luar sekolah tue.. ). Tapi skrg ko jgnlah suh aku nyanyi... MEMANG CONFIRM............ X SEDAP DAH.. :)