Rabu, 26 November 2008

MAN BUAYA dari negeri Hang Tuah!

Dari Melaka
ke negeri Pahang
Singgah di Bentong asyik berangan...

gitulah kisah Azman Melaka, satu-satunya warga Melaka (bukan warga asing) yang berdagang ke Bentong menimba ilmu Automotif dengan Mahaguru RJ dan Saupi Mamat..
Hobi dia bersajak..apa-apa pertunjukan pentas muka dia memang ada punya..baca sajak! asal ada pertunjukan pentas adalah dia baca sajak, asal dia baca sajak adalah pertunjukan pentas..pendek kata dia, sajak dan pentas macam adik beradiklah!

dia duduk di depan sekali dalam kelas..sebelah Arman Hang Tuah!
waktu syok-syok kami mendengar dengan tekun Cikgu Saupi ngajar Lukisan teknik, tibatiba KECEPUK kepala Man disekeh Cikgu Saupi..laa...rupanya dia tidur kepala tegak...kami kat belakang ni mati-mati ingat dia sedang khusyuk lagi tawadhuk mendengar kuliah lukisan dalam dialek Kelantan..rupenye Tadarusszzzzzz!!!

Tahun-tahun awal habis persekolahan aku ada terjumpa Buaya Melaka ni di Central Market, dia kata dia masuk tatoo (bukan tatoo lukisan kat badan tu lahh!!) tentera darat..pastu sampai sekarang aku tak jumpa sepupu AYU SHAHIDEA PPN ni!

IKLAN REUNIONN!!


HAA!! DAH KELUAR PAPER DAH TENTANG REUNION nii....

TERUSKAN MENANTI!!! MAKLUMAT TERKINI AKAN SENTIASA MENYUSUL!

Jumaat, 21 November 2008

Terbaru dari Heikel Ashaari ENK




salam dari Heikel Ashaari ENK..gambar dalam laut..tak lemas..

Pailang ASPURA!

korang tekalah sendiri sapa kat atas..test daya ingatan korang, yang mana aku, kanek, Lan PPU aznan dawai,Rahim ENK, Ferdaus Kadoi Ketari,Hairul Shamsul PPU,Lan Serigala BB, Ismail Faizal Zamrud (panjang), kecik BB, Noresam Kerinci (kecik PPU), Jalil adik cikgu Habsah ENK..
harap-harap ke semua ni ada di REUNION nanti!

rombongan ke KL

dari kiri yang melengkung tu Shariff Malek (Yip Ketari), Allahyarham Hishamudeen Abdullah (samdol),duduk sebelah kiri Halim Ramdan Koyan (camel),Nizam Mohd Ramly(Bob) JPJ Setapak la ni,Ahmad Fohaimi - ada kat kampung dan aku..

Sesekali ada gak kelas buat rombongan ke mana-mana..ke KL lah best ye tak? rasa macam gi Paris je..kahkahkah!! tapi lawatan dulu-dulu mesti ada gi Muzium, lalu bangunan Parlimen, masuk tugu Negara dan melanguklah kita bila bas melintasi Dataran Merdeka, Pertama Complex, Campbell,Dayabumi..masa tu Semua house top main roller skate..konsert rock kat Sulaiman Court..(la ni dah jadi Sogo)..

masa tu mana ada KLCC, KL tower ke atau Bintang Walk ye tak? haa..gambar ni kat Muzium..

Khamis, 20 November 2008

spirit of Republic of Vokaybentong!!

uniknya kita..setelah puas belajar dan dibelasah cikgu-cikgu akhirnya semua itu jadi sejarah yang manis..
TAHUKAH ANDA setiap kali kami gather- cikgu-cikgu juga turut join bersama dan kami berbual, ketawa dan berpelukan seperti teman-teman yang cukup akrab..
setiap kali berjumpa cikgu Rusmadi, RJ mahupun cikgu Isom akan turun.
inilah spirit of republic of vokaybentong!
KEKALKAN TRADISI INI!

aku kadangkala terkilan juga bila terjumpa kawan2 kita yang menganggap semua ini tiada nilai dan seperti hendak melupakan zaman gemilang ini..barangkali mereka tidak mengecapi nikmat semasa berada di sekolah tercinta!

Rabu, 19 November 2008

Balada Ustaz Zack!

(gambar hiasan- takde kena mengena dengan Ustaz)
woiii!!
Ingat Ustaz Zack@Zakaria Wan Din yang jadi imam surau asrama tulaahhh!! Amboii takkan lupa..Dia ngajar aku Agama..
Ustaz ni misteri sikit..kadang2 tengah ngajar dia tiba-tiba tersengih walhal tiada insan buat lawak pun..dan tindakannya kadangkala luar jangkaan..dia melibas rotan siap menjerit "BISMILLAH!!!"...jadi awas!..
Pernah sekali Kanek (Hanif) dengan penuh ikhlas dan tawadhuk melaporkan keadaan tandas surau yang kotor dipenuhi tahi cicak tiba-tiba Ustaz teriak;"Apa?Apa awak kata? Kuang Hajor punye budak:!!" lalu BUKBUKBUK!! belakang Kanek didebiknya...
Kerana kecewa Kanek pun keluar dari kumpulan nasyid sekolah yang sedang berlatih..(chewahh!! taiko macam kami pun join nasyid..cuma tak sempat buat album je)..Cikgu Moin tersenyum tak kata apa melihat peristiwa tu,
Tapi aku kena bagi 5 bintang pada ustaz sebab ikut idea gila dia..adakah dia selamba je ramal apa yang keluar apa yang takkan keluar soalan agama SPM tahun tu..yang pandirnya aku siap ikut tips dia tu..gamble!!
akhirnya hehe!! hero mestilah menang..aku dapat A1! tabik ustaz..Yahabibi walhubuyahabuqar!

Isnin, 17 November 2008

Lan Mad Nor kena gari?

Hahaha!! Lan...ingat tak Haikal Ashaari bawak gari pak sedara dia ke asrama? Pak sedara dia polis...diorang pi gari Lan Mad Noor PPU..hahha! pastu takde kunci..
siapa yang gari kau Lan? aku dah lupa..haikal ke arwah Azam...

Menggelupur kami ke bengkel ENK..mujurlah cikgu Zaki Demyati tolong gergaji..masa gergaji tu berkeriut juga muka Lan sebab gari tu jadi panas..
korang memang PANDIR tahap gurkha!!

Yip Ketari ucap APA KHABAR kepada semua!!





YAHOOO!! ramai kawan-kawan dah dapat dihimpunkan melalui blog ni..kita akan buat reunion besar-besaran nanti Insya allah! setakat ini reunion mengeteh kecil-kecilan sedang dibuat..sapa nak join Jamal Hippies sabtu ni kat NZ Wangsa Maju contact beliau..cari nombor dia dekat web Sek Men Teknik tuanku Ampuan afzan Bentong.. di sini ada gambar member kita Shariff malek orang panggil Yip cikolot ayam..budak Ketari kursus auto 89-90..kawan ngeteh aku bila aku balik bentong..



huu!! aku dan geng2 Ketari tak boleh berenggang kerana ada sentimental value..kami berkawan sebelum kenal ABC lagii...

Isnin, 10 November 2008

laa..cerita Hantu Syakirin lagi..18SG

1

Syakirin selalu orang terakhir naik ke dorm mandi bersiap2 makan sebelum Maghrib..dia masuk Tae Kwan Do..(barangkali Taekwan do tak ajar lawan hantu)..



satu senja waktu dia nak mandi dia melihat cermin muka di bilik air..sewaktu mengelap mukanya dengan tuala dia merasakan wajahnya dicakar..lalu dia lari keluar dan menceritakan kepada kawan2..ada kawan bagitahu waktu dia bercerita tu rambutnya tegak macam kena karan..kah!kah!



..dan paling pelik memang kita dapat lihat ada 3 garisan calar dari dahi ke dagunya!



2

satu hari tu selepas makan malam aku dan dia berjalan keluar dewan makan menuju ke surau..tiba-tiba dia berkata "Fendi jom kita naik bukit tu (hutan bukit belakang dewan makan) ada orang panggil akulah!!"

kepala hotak hang! kau ingat aku berani sangatkah? menggelupur aku memanggil kawan2 lain dan korang ingat tak betapa susahnya nak pujuk dia ke surau..macam dia dah terpukau..Rostam ELK cukup takut tengok mata Syakirin yang akan mula membuntang setiap kali datang waktu senja..Cikgu Ramli Jelani ada gak membantu mengubati Syakirin.



bila difikir2kan banyak gak memori aku dengan dia.syakirin!!!!!!!!mana kau sekarang haaaaa!!!

Ahad, 9 November 2008

lakonan sembahyang subuh!

Biasanya malam aku akan tidur dengan berbaju Melayu dan kain pelikat..kenapa?
haa...bila Mail Shahidin ABM balik dari surau waktu Subuh dan menjerit "hoi!! ada tulis nama tadi!!!" aku pun terus capai kopiah dan berlari ke surau solat subuh..pasaipa?
pasai warden catat nama sapa yang ponteng solat dan pada hujung minggu stok terkumpul akan dilunaskan oleh Malaikat pencatat amalan..Malaikat yang akan menyebat kami namanya Cikgu Azmie..
praaappp!!! tapi aku tak pernah kena sebat sebab aku orang yang beriman..hahaha!!kelakarkan?kita solat sebab takut warden rotan..tapi jenis degil tu lantaklah nak kena sebat pun..semacam je membuta langsung tak heran..punggung dah kebal dan kematu..!!

idea: Halim Shamsuddin ELK

Sabtu, 8 November 2008

Part 2- HANTU SYAKIRIN.. 18SG



gambar hiasan- Syakirin menurut pengamatan pelukis upahan pada 1990
seperti malam-malam sebelumnya, walaupun lampu dorm dah dipadamkan pada 11.30mlm kami masih belum tidur..Nali memetik gitar perlahan2 dan Rosedin PPU menyanyi dengan volume yang cukup rendah..
tiba-tiba Syakirin yang di hujung sana turun dari katil dengan laju..Rostam yang di bawahnya melompat ke katil sebelah dengan ketakutan..kami masih tak perasan apa2 lalu menyangkakan dia nak join kami menyanyi..tiba2 Syakirin seperti gelisah dan gelagat ganjilnya dapat kami hidu..dia kembali ke katilnya..Aneh! dia memanjat katil dua tingkat itu dengan cepat dan baring dengan muka menghadap ke luar..ke court tenis yang gelap pekat itu..matanya tak berkelip sehingga hampir 2 jam..kami mengerumuninya dan cuba mengejutkannya..Lan mad noor menampar mukanya dan dia mencekak leher baju Lan..kami menggantungkan sejadah di tingkap tetapi dia menariknya dengan menggunakan kaki..
Warden kami cikgu Ramli Jelani dipanggil dan setelah mendapati keadaan terkawal dia turun semula dan berpesan agar memanggilnya jika berlaku perkara yang tak diingini..(RJ pun maleh agaknya..layan tido lagi baguih!)
Selepas Hezri dan Rosedin azan di telinga Syakirin serentak (seorang sebelah kiri dan seorang sebelah kanan) akhirnya Syakirin tidur dan kami..macam biasalah..sambung katil dan tidur berhimpit2...takut2 berani..dalam takut2 masih boleh ketawa..

esoknya Syakirin bagitahu dia sepanjang dia tak sedar diri itu(hampir 2 jam)telinganya berdesing seperti bunyi lebah dan azan itulah yang dia dengar sepanjang tempoh dirasuk tu..dia kata dia ternampak di court tenis tu seseorang berpakaian askar dan dia juga melihat ada nenek tua mengintainya di tingkap asrama...dan jari nenek tu BERINAI!!
(hampeh tul..masa menaip ni pun bulu roma aku meremang..bulu roma jee...)

Jumaat, 7 November 2008

HANTU YANG MEMAKAI INAI...(18SG)part 1

Aku dan Nali berlari ke dorm untuk mandi bersiap2 makan malam selepas bermain. Sewaktu menaiki tangga ke dorm,kami terkejut apabila bebudak asrama lari beramai-ramai menuruni tangga dan hampir melanggar kami..mereka menjerit "hantuuu!!"
kami bertanya mengapa?..
salah seorang dari mereka berkata Syakirin nampak hantu. Waktu sedang mandi dan hendak bersabun, Syakirin membuka kertas pembalut sabun mandi barunya dan membuangnya ke lantai. Kerana menyedari lubang air tersumbat, dia pun cuba mengambil kembali kertas pembalut sabun tadi yang menutup lubang tersebut, tiba-tiba ada tangan keluar dari lubang air di lantai tersebut dan cuba menarik kertas sabun tersebut daripada Syakirin. Syakirin pun menjerit keluar dan sebab itulah mereka lari..
Kami ketawa dan tidak percaya..
"Syakirin kata jari hantu tu ada inai!" kata mamat yang aku dah lupa sapa tah...

"APAAA??? INAIIIII!!!"
tah kenapa kami berdua jadi seram dengan cerita yang tak nampak ada unsur-unsur penipuan itu, lalu kami pun terus terjun dari tangga dan jejaka2 macho tetapi penakut yang lain turut sama berlari bersama kami sambil ketawa berani-berani takut..

(bersambung part 2 ...jengjengjeng!apa yang terjadi pada Syakirin malam tuu! isy! apasal bulu roma aku berdiri nii..alaahh!)

Sabtu, 1 November 2008

Ujang Dewan Makan the legend!

geng, ingat tak Ujang Dewan Makan..pekerja Dewan makan tinggi lampai yang kita dok bengang tu..hehe!

suatu petang watu bermain bolasepak Ujang telah mengasari ketua gangster kami, Shukri Halim ABM- dia telah menumbuk kepala Shukri..kami pun beramai-ramai cuba menyerang dia tetapi disabarkan secara baik oleh Leftenan Ramli Jelani (hehe)

Kami masih tak berpuas hati..malam tu "Pembalasan Si pitung" akan kami lakukan..waktu prep di Dewan Makan...tah apa majalnya perut aku memulas tak tahan sangat..Dengan berani-berani takut aku pun pulang ke hostel nak buang air besar, terserempak pulak dengan Nali yang juga baru lepas berak. Aku meminta dia menemani aku sebab kes hantu rasuk Syakirin masih hot..takut juga aku kalau tengah berak tu ada tangan hantu terjulur keluar dari lobang jamban..penakut betul masa tu!

Ketika kami di asrama itulah geng2 kami bertindak tanpa menunggu kami..Ujang yang sedang menyiang daging telah dikeroyok oleh beberapa budak lelaki yang mengiktiraf diri mereka gangster zaman itu..mujur fizikal Ujang yang tinggi lampai itu menyelamatkannya. Diangkat pisau pemotong daging itu maka bertempiaranlah geng2 kami yang semuanya hanya paras bahu dia saja..Man Budu luka sedikit jari kelingkingnya terkena pisau tersebut..

Ujang ketakutan dan tidur di runah warden malam tu..tak lama kemudian Ujang pun berhenti kerja..PANDIR betul kami!!

(aku teringat ada satu brader kerja di Dewan Makan tapi tak tahu nama dia..sebaik saja dia berhenti kerja kita dapat lihat dia telah menconteng tembok di dewan makan menggunakan spray can dengan kata-kata "I LOVE YOU AIDA!"..(aida PPN yang kini isteri cikgu Azmie