Sabtu, 8 November 2008

Part 2- HANTU SYAKIRIN.. 18SG



gambar hiasan- Syakirin menurut pengamatan pelukis upahan pada 1990
seperti malam-malam sebelumnya, walaupun lampu dorm dah dipadamkan pada 11.30mlm kami masih belum tidur..Nali memetik gitar perlahan2 dan Rosedin PPU menyanyi dengan volume yang cukup rendah..
tiba-tiba Syakirin yang di hujung sana turun dari katil dengan laju..Rostam yang di bawahnya melompat ke katil sebelah dengan ketakutan..kami masih tak perasan apa2 lalu menyangkakan dia nak join kami menyanyi..tiba2 Syakirin seperti gelisah dan gelagat ganjilnya dapat kami hidu..dia kembali ke katilnya..Aneh! dia memanjat katil dua tingkat itu dengan cepat dan baring dengan muka menghadap ke luar..ke court tenis yang gelap pekat itu..matanya tak berkelip sehingga hampir 2 jam..kami mengerumuninya dan cuba mengejutkannya..Lan mad noor menampar mukanya dan dia mencekak leher baju Lan..kami menggantungkan sejadah di tingkap tetapi dia menariknya dengan menggunakan kaki..
Warden kami cikgu Ramli Jelani dipanggil dan setelah mendapati keadaan terkawal dia turun semula dan berpesan agar memanggilnya jika berlaku perkara yang tak diingini..(RJ pun maleh agaknya..layan tido lagi baguih!)
Selepas Hezri dan Rosedin azan di telinga Syakirin serentak (seorang sebelah kiri dan seorang sebelah kanan) akhirnya Syakirin tidur dan kami..macam biasalah..sambung katil dan tidur berhimpit2...takut2 berani..dalam takut2 masih boleh ketawa..

esoknya Syakirin bagitahu dia sepanjang dia tak sedar diri itu(hampir 2 jam)telinganya berdesing seperti bunyi lebah dan azan itulah yang dia dengar sepanjang tempoh dirasuk tu..dia kata dia ternampak di court tenis tu seseorang berpakaian askar dan dia juga melihat ada nenek tua mengintainya di tingkap asrama...dan jari nenek tu BERINAI!!
(hampeh tul..masa menaip ni pun bulu roma aku meremang..bulu roma jee...)

Tiada ulasan: