Isnin, 10 November 2008

laa..cerita Hantu Syakirin lagi..18SG

1

Syakirin selalu orang terakhir naik ke dorm mandi bersiap2 makan sebelum Maghrib..dia masuk Tae Kwan Do..(barangkali Taekwan do tak ajar lawan hantu)..



satu senja waktu dia nak mandi dia melihat cermin muka di bilik air..sewaktu mengelap mukanya dengan tuala dia merasakan wajahnya dicakar..lalu dia lari keluar dan menceritakan kepada kawan2..ada kawan bagitahu waktu dia bercerita tu rambutnya tegak macam kena karan..kah!kah!



..dan paling pelik memang kita dapat lihat ada 3 garisan calar dari dahi ke dagunya!



2

satu hari tu selepas makan malam aku dan dia berjalan keluar dewan makan menuju ke surau..tiba-tiba dia berkata "Fendi jom kita naik bukit tu (hutan bukit belakang dewan makan) ada orang panggil akulah!!"

kepala hotak hang! kau ingat aku berani sangatkah? menggelupur aku memanggil kawan2 lain dan korang ingat tak betapa susahnya nak pujuk dia ke surau..macam dia dah terpukau..Rostam ELK cukup takut tengok mata Syakirin yang akan mula membuntang setiap kali datang waktu senja..Cikgu Ramli Jelani ada gak membantu mengubati Syakirin.



bila difikir2kan banyak gak memori aku dengan dia.syakirin!!!!!!!!mana kau sekarang haaaaa!!!

Tiada ulasan: