Isnin, 23 Mac 2009

misteri Mail Shahidin.

Mail ABM menyimpan seribu misteri.. kami sekampung dan rumah aku dengan dia tak jauh, 2 batang rokok selit celah telinga sampaile..

misteri Mail ialah dia akan mengigau setiap kali tepat pukul 1 malam..
wa serius..BETULL!!
ngigau tahap seram punya..siap kami boleh bercakap2 dengannya..
Zainal katil sebelah cukup takut.. pernah sekali dia bangun mengigau membebel2 dalam bahas yang tak difahami..Zainal yang marah2 takut melontarkan bantal ke arahnya..
yang paling hampeh sekali- dia selamba je sambut bantal tu dan tidur buat bantal peluk..kecewa Zainal..

Aku sendiri terkejut pada suatu tengah malam bila tersedar katil bergerak, tengok2 dia kat atas tilam aku menjenguk muka aku dari arah yang dekat..
rasa nak terajang tapi...seram oo!

Bila kita ceritakan kat dia pada siangnya dia bantai tergelak, langsung tak risau dengan masalah akibat mengganggu ketenteraman warga dorm A1..

paling misteri bila suatu malam tepat 1 malam dia bangun dan...
MENARI SUMAZAU !!
cehh!! hantu Sabah la pulokk!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dia ni aku panggil Mail Hantu..ada ker dia cakap yang dia tengah berak ada tangan keluar dari lubang jamban tu...naik seram aku nak ke tandas malam-malam..