Sabtu, 20 September 2008

al fatihah bro!


18 tahun meninggalkan bangku sekolah terasa sekejap! rasanya seperti semalam..tetapi bayangkan anak yang lahir pada tahun 1990 kini telah pun habis sekolah..begitulah kita..macam-macam berlaku dalam 18 tahun ini! Ada kawan2 yang lebih awal menyambut panggilan Illahi. Antaranya:-


1. Ahmad Azam Abd Rashid ENK- (1994)kawan satu batch Rashidah bagitahu aku yang budak Lurah Bilut ini koma 2 bulan di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang. Aku dan Lan madnoor PPU bergegas esoknya ke sana. Niza Auto yang sampai lebih awal bagitahu "nurse di wad lelaki cakap Azam dah meninggal dunia 2 bulan." tak percaya, kami naik ke wad dan menyemak buku rekod. BENAR!


2. Zaidi PPN- (1995)tahun pertama aku mengajar. Setiap hujung minggu aku akan ke KL dari K.Lipis menemui kawan2 di Central Market (sebenarnya dating dengan Sham- awek yang kini jadi isteriku dan ibu kepada 2 anakku). Zaidi bertanya padaku petang itu seronok tak jadi cikgu? acuh tak acuh aku jawab "oklah!" dalam hatiku kesal kerana entah apa sibuknya aku tak berapa menjawab sangat pertanyaan itu. Malam itu Sham bagitahu aku yang Anis Ayob Telefon mengatakan Zaidi accident!


3. Mohd Hishamudden Abdullah (samdol) -gambar di atas- tak pasti meninggal tahun berapa, Yep Ketari cerita. Sham aku kenal sejak tingkatan 1. Bapanya cikgu aku di sekolah rendah. Sham melalui banyak peristiwa tragis! Dia pernah cedera ditikam..dia meninggal kerana sakit....


ramai yang aku dengar dah meninggal namun 3 yang di atas kebetulan rapat dan melibatkan aku..Antara yang lain:-

1) Ahmad Hamidi Khalid@ lenjor- budak Lebu kursus Auto, tak habis sekolah..disahkan oleh adik iparnya kawan aku, meninggal kerana demam kuning.

2)Fauzi KFL @Lepar- Saiful PPU Raub beritahu

3)Junaidi Koyan KFL- Saiful juga beritahu..


sesiapa yang ada maklumat yang lain, beritahu! AL FATIHAH!

Tiada ulasan: