Jumaat, 19 September 2008

Jebat Mengamuk di vokay Bentong!




malam ni memang best! MALAM PUISI DAN KEMANUSIAAN- payah nak jumpa majlis2 begini di sekolah2 sekarang..guru dan muridnya sama kreatif!
Malam itu kami menang drama bertajuk "SIAPA BENAR" skrip/arahan aku. Kisah Hang Tuah, Hang Jebat, Kasturi dan Lekir dibangkitkan semula lalu berpolemik siapa yang benar antara Tuah dan Jebat. Lekiu sengaja ditiadakan bagi penonton sendiri merasai diri merekalah Lekiu (sebenarnya takde sapa kawan2 berani berlakon maa tu..hehe!)..aku kodek dan hanif dah biasa berlakon di sekolah lama cuma Arman orang baru sebagai Tuah berjaya melakonkan dengan baik. Malam itu arman (Tuah) dan Kodek(Jebat) menjadi popular..Hanif (Lekir)memeranjatkan kawan2 lain kerana aktingnya seperti hendak naik syeikh! Aku(Kasturi)? low profile je..tapi Cikgu asmah Bee kata kami kelihatan "jantan" malam itu..wow! Dia cadangkan aku tulis semula skrip tu dan hantar ke TV3...aku diam je sampai hari ni..hehe! oh ya! suara latar Azman Buaya..dia bantai bubuh sajaknya last minute, kami yang berkelubung dalam selimut dah naik lemas!ada petikan akustik latar oleh shahril latif dengan nali lagu 'inspirasi taming sari

Tiada ulasan: