Selasa, 23 September 2008

emel dari farid glamour from brunei! Niza juga contact semula!

emel farid (sila besarkan untuk nak baca..sori farid! tak sempat nak taip semula!

gambar terbaru farid Glamour!

Spy aku berjaya menjejak farid glamour di brunei..lalu farid hubungi aku! bagai satu suntikan, usaha blog ini meyakinkan aku bahawa lebih ramai kawan2 akan dapat dijejaki..ayuh! sebarkan kpd yg belum tahu..kita kumpulkan kenangan2 kita di sini...tak salah kita bina silaturrahim semula...
farid bukanlah kawan baik aku kat sekolah seperti juga Halim Shamsuddin ELK yang baru hubungi aku 2 hari yg lalu..tapi Halim sayangkan sebuah persahabatan...
"Farid glamour" digelar begitu kerana sifatnya yang suka mencuba tapi dia dianggap cuba mencari glamour! di surau dia azan, di padang dia kaki bola, di pentas dia menyanyi dan bermain gitar..semua dia! dia juga disyaki spy warden mengintip aktiviti2 tak senonoh gangster2 kampung..sehingga dia sendiri pun kantoi kes rokok..hihi! tapi dia manusia konfiden dan tak kisah dikutuk!
habis sekolah, kami sama2 menentang badai hidup di KL..makan debu minum air sg.kelang!..berteater dengan Normah Nordin...desakan hidup memaksa kami mencari haluan masing2..betul farid kata, antara kami takde hubungan ehem2 ..kalau dia dengan anis ayub taktau lah..haha!
lepas tu aku nonton lakonan dia bergandingan dengan Adlin Aman dan Ijoy dalam filem JOGHO..

..........lepas ni kita takkan lost contact lagi...aku perturunkan gambar dan tulisan dia terbaru, juga link ke blog dia..
Ahmad Niza Shamsuddin Auto 89-90 juga emel tadi bertanya khabar, emelnya pendek je kerana busy tapi dia akan contact lagi..welcome bro! Niza antara last man dalam team bola Auto yang paling susah nak lepas..hebat! Dia juga last man team bola sekolah yang masa tu memang dibarisi 'bintang-bintang'! satu Bentong tahu kehebatan team bola kita dan mengaku terhibur dengan corak permainan mereka..skil individu yang tinggi!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Budak bola sorang jea yg aku hingat Fendi..... muahahahha of course dia yg paling terror... :D

Tanpa Nama berkata...

tapi kan rasanya kenangan yang kena kat Azura & Zura (ko di mana??) paling best sekali. apa ek Azura/Zura?? ;) Insident kat gerai depan padang bola tue.. lepas sekolah kita menang 3-2 (tak silap)ngan sekolah mana tah, sulaiman kot. Ingat tak Liza.. Eta... of course aku ingat!! :p

Tanpa Nama berkata...

incident? Gerai? Apa ek? Kwang kwang kwang... Rahsia kerajaan terpelihara tuuuu