Selasa, 24 Februari 2009

berita dari rantau...

aku sering tertanya2 siapakah pembaca blog ni yang membacanya dari DOHA? Selain Doha, meter penunjuk juga mengesan seseorang yang asyik melayari blog ni dari Korea..siapa anda? sila lapor diri..

Zainal berjaya menghubungi Rahim ENK yang kini bekerja dengan Qatar Airways dan menetap di Doha..ingat Rahim atau Mat Tension? lihat gambar di atas yang menjadi kepala tajuk blog ni dan perhatikan budak cute membongkok di sebelah kanan dengan tangan memegang spenda biru..itulah Rahim..

..harap Seluar kecik biru tu masih dia simpan sebagai bahan sejarah!

The return of AZLI Lembut?

AZLI ABD RAHIM ENK, ketua exco asrama, ketua dorm A3 dan pelajar terbaik SPMV 1990 akan memberikan ceramah motivasi kepada adik2 pelajar2 sekolah kita di Dewan Sekolah pada Jumaat 27 Feb ni jam 9mlm..

Azli yang dulu dikenali sebagai 'LEMBUT' kini menceburi bidang IT dan menetap di Ampang. Lembut adalah budi bahasanya dan di situlah kehebatannya yang memang mempunyai ciri2 kepimpinan kepada rakan sebaya dan bijak berurusan dengan warden terutama dalam 'negotiate' nak balik kampung. Selalunya dia berjaya!

Aku dah hampir 15 tahun jadi cikgu dan aku belum jumpa lagi pelajar bertokoh sepertinya hari ini!Azli juga kini sudah beristeri dan mempunyai anak seorang. Dia kata bininya pun masih sorang!
Sesiapa nak tengok dia ceramah, boleh menyusup ke Sekolah Jumaat nih! aku rasa Anis Ayub pasti gembira dengan kemunculan Azli ni yang nombornya aku perolehi dari Mazlan ENK. Masa gi Bilut baru2 ni Anis beria-ia nak cari rumah Azli..isyy! rindu kot!
Mazlan pula kini cikgu di Teknik Kuantan dengan Raffli ENK (Pici)..

Ahad, 22 Februari 2009

KONVOI ke BILUT!!

Jamal Hippies selaku penganjur rombongan telah tiba di tempat yang dijanjikan bersama aku dan Zaifeli KFL pada jam 12 tengahari, biasaklah janji Melayukan? Anis tiba 10.40pg dan Tam sampai 11.10pg tapi mereka tak dapat mengenali di antara satu sama lain kerana faktor keboroian masing2..
Zainal,Arman,Azam,Halim, Lan Md Nor diminta menimbang berat badan masing2 terlebih dahulu..perjalanan diteruskan setelah Ita yang ditemani suami sampai dan Alia turut berada di dalamnya..sebagai penulis,aku dilantik menjadi ketua rombongan tapi bebudak degil ni bawak bukan main laju, pemandu aku si Anis pulak sengaja bawak slow sebab nak balas dendam dia kena tunggu lama di BHP tadi..gelabah punye pasal diorang tunggu kami lepas tol Bentong..


sesi menghabiskan rokok di tepi highway..

Halim yang rindukan sekolah mencadangkan agar kami semua masuk bergambar di sekolah terlebih dahulu..kami pun setuju kerana khuatir Halim meraung di tepi highway..


murid2 nakal yang semakin dimamah usia bergambar di blok pentadbiran..dari kiri Azam,Zainal,Arman,Alia,Eta,Halim,Jamal berpeluk tubuh ala hippies, Anis bertopi, Tam, Zaifeli (ke belakang sikit) dan Lan

terhimbaulah kenangan2 lama bila terpandang asrama, padang, dewan makan, surau dan bengkel. Kelibat Mr Param menari2 di kotak fikiran kami. Cikgu Azmi yang sedang minum di taman berdekatan merayu2 singgah berjumpa dengannya. Sebagai murid yang baik, kami patuh. Di situ kami bersua juga cikgu Mat Shah KFL yang pernah mengecop tapak tangannya di dua belah pipi kami 20 tahun lalu.huuuuuu!!
Cikgu Azmi join kami ke Lurah Bilut..




Nasri Tik KFL dah habis 2 pinggan waktu kami sampai rumah pengantin..lapar punya pasal kami pun makan dulu tanpa menegur pengantin yang segak bertaming sari..Saupi ABM sampai dan kami semua makan sambil berborak kisah2 lama..Cikgu Azmi mengakui bebudak sekarang jauh bezanya dengan zaman kita dahulu..

waktu nak balik kereta Lan gagal dihidupkan seperti masa singgah di sekolah tadi. Terpaksalah kami menggunakan saki-baki ilmu ajaran mahaguru Ramli Jelani dan Saupi membaikinya..
20 TAHUN PENGALAMAN DISEKEH CIKGU SAUPI DI BENGKEL DAPAT MEMBANTU MEMBAIKI KERETA LAN




CHAP YANG BARU TERSEDAR AKAN KEPENTINGAN BERKAHWIN SETELAH 36 TAHUN HIDUP


SELAMAT PENGANTIN BARU CHAP, MOGA BAHAGIA SELALUUUU!!

di sebelah kanan sekali Nasri Tik, di sebelahnya cikgu Azmi dan Saufi sama2 berbaju putih
sebelum pulang, kami minum di pekan Bentong diraikan oleh Yep Ketari..kami berjanji akan mengatur pertemuan yang lebih besar selepas ini!

Jumaat, 20 Februari 2009

KONVOI KAHWIN CHAB KFL!!

esok sabtu 21 februari satu konvoi dari KL ke majlis perkahwinan sabri@chap KFL 89-90 di Lurah Bilut. Sesiapa yg nak join, sila tunggu di stesen bhp 100m selepas tol gombak..11 pagi mesti ada kat situ! bukan 11 malam fahaamm!!
geng2 bentong yang nak join tapi taktahu mana nak hala kat bilut tu, hubungi aku dan tunggu di bentong...jangan tunggu di padang sekolah vokay sudaahhh!

syukur..setelah 36 tahun, akhirnya chap sedar akan perlunya perkahwinan..huuu!! insyaallah gambar akan disiarkan nanti..
tapi bergantung pada sedapnya lauk..

kami sedang membeli hadiah berupakan sebuah kereta mercedez!..

man buaya menyerah diri!!

akhirnya buaya yg menyembunyikan diri dapat dikesan..
ye azman auto budak melaka a.k.a buaya sekarang ni di butterworth,penang..kem tudm

dio jadi sojar!
kalu rindukan dia bagitahu aku, nanti aku bagitahu dia..