Selasa, 24 Februari 2009

The return of AZLI Lembut?

AZLI ABD RAHIM ENK, ketua exco asrama, ketua dorm A3 dan pelajar terbaik SPMV 1990 akan memberikan ceramah motivasi kepada adik2 pelajar2 sekolah kita di Dewan Sekolah pada Jumaat 27 Feb ni jam 9mlm..

Azli yang dulu dikenali sebagai 'LEMBUT' kini menceburi bidang IT dan menetap di Ampang. Lembut adalah budi bahasanya dan di situlah kehebatannya yang memang mempunyai ciri2 kepimpinan kepada rakan sebaya dan bijak berurusan dengan warden terutama dalam 'negotiate' nak balik kampung. Selalunya dia berjaya!

Aku dah hampir 15 tahun jadi cikgu dan aku belum jumpa lagi pelajar bertokoh sepertinya hari ini!Azli juga kini sudah beristeri dan mempunyai anak seorang. Dia kata bininya pun masih sorang!
Sesiapa nak tengok dia ceramah, boleh menyusup ke Sekolah Jumaat nih! aku rasa Anis Ayub pasti gembira dengan kemunculan Azli ni yang nombornya aku perolehi dari Mazlan ENK. Masa gi Bilut baru2 ni Anis beria-ia nak cari rumah Azli..isyy! rindu kot!
Mazlan pula kini cikgu di Teknik Kuantan dengan Raffli ENK (Pici)..

1 ulasan:

Bior Bebenor berkata...

ic... lembut dah di jumpa i ke.?