Ahad, 22 Februari 2009

KONVOI ke BILUT!!

Jamal Hippies selaku penganjur rombongan telah tiba di tempat yang dijanjikan bersama aku dan Zaifeli KFL pada jam 12 tengahari, biasaklah janji Melayukan? Anis tiba 10.40pg dan Tam sampai 11.10pg tapi mereka tak dapat mengenali di antara satu sama lain kerana faktor keboroian masing2..
Zainal,Arman,Azam,Halim, Lan Md Nor diminta menimbang berat badan masing2 terlebih dahulu..perjalanan diteruskan setelah Ita yang ditemani suami sampai dan Alia turut berada di dalamnya..sebagai penulis,aku dilantik menjadi ketua rombongan tapi bebudak degil ni bawak bukan main laju, pemandu aku si Anis pulak sengaja bawak slow sebab nak balas dendam dia kena tunggu lama di BHP tadi..gelabah punye pasal diorang tunggu kami lepas tol Bentong..


sesi menghabiskan rokok di tepi highway..

Halim yang rindukan sekolah mencadangkan agar kami semua masuk bergambar di sekolah terlebih dahulu..kami pun setuju kerana khuatir Halim meraung di tepi highway..


murid2 nakal yang semakin dimamah usia bergambar di blok pentadbiran..dari kiri Azam,Zainal,Arman,Alia,Eta,Halim,Jamal berpeluk tubuh ala hippies, Anis bertopi, Tam, Zaifeli (ke belakang sikit) dan Lan

terhimbaulah kenangan2 lama bila terpandang asrama, padang, dewan makan, surau dan bengkel. Kelibat Mr Param menari2 di kotak fikiran kami. Cikgu Azmi yang sedang minum di taman berdekatan merayu2 singgah berjumpa dengannya. Sebagai murid yang baik, kami patuh. Di situ kami bersua juga cikgu Mat Shah KFL yang pernah mengecop tapak tangannya di dua belah pipi kami 20 tahun lalu.huuuuuu!!
Cikgu Azmi join kami ke Lurah Bilut..




Nasri Tik KFL dah habis 2 pinggan waktu kami sampai rumah pengantin..lapar punya pasal kami pun makan dulu tanpa menegur pengantin yang segak bertaming sari..Saupi ABM sampai dan kami semua makan sambil berborak kisah2 lama..Cikgu Azmi mengakui bebudak sekarang jauh bezanya dengan zaman kita dahulu..

waktu nak balik kereta Lan gagal dihidupkan seperti masa singgah di sekolah tadi. Terpaksalah kami menggunakan saki-baki ilmu ajaran mahaguru Ramli Jelani dan Saupi membaikinya..
20 TAHUN PENGALAMAN DISEKEH CIKGU SAUPI DI BENGKEL DAPAT MEMBANTU MEMBAIKI KERETA LAN




CHAP YANG BARU TERSEDAR AKAN KEPENTINGAN BERKAHWIN SETELAH 36 TAHUN HIDUP


SELAMAT PENGANTIN BARU CHAP, MOGA BAHAGIA SELALUUUU!!

di sebelah kanan sekali Nasri Tik, di sebelahnya cikgu Azmi dan Saufi sama2 berbaju putih
sebelum pulang, kami minum di pekan Bentong diraikan oleh Yep Ketari..kami berjanji akan mengatur pertemuan yang lebih besar selepas ini!

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmg best ler dpt jumpa lu org..
tp masa singkat..xleh borak lelama.. xper nanti ler kita setting lain hari..klu jumpe geng lain lagi meriah beb...

Unknown berkata...

btul tu hippies,wa tgok gmbr kita kat hi way,dada wa sebak bai,tgok kenkawan pakai cermin kat mta,lu pkai cermin kat kpla bai,rasa dah tua bai

pici berkata...

Salam semua utk kekawan...dh dkt 20 tahun xjumpa.. aku tgok kwn aku ni sorang-sorang, klu jumpa mampus x kenal.. yg aku cam sikit.. zainal dgn halim.. jamal tu jamal ppn ke?

Tanpa Nama berkata...

brader pici.. bai gua kfl ler..
bai shahnazs koz lu dulu ader contact ngan gua..

Tanpa Nama berkata...

halim.. lu mmg nak kena ngan gua...

Tanpa Nama berkata...

aku dekat ngan rumah Chap aku pergi gak kenduri dia..ari tu aku lalu gak kat situ..tapi satu pun aku tak ingat muka korang kecuali Nazri Tik coz dia keje klinik bilut..biasa la Bro semua dah Otai2nnti cakap tua marah pulak..for your info aku dah ada anak 3 yang tua darjah 4..apa pun Vokay tetap bersemadi dalam jiwa aku sampai bila2,banyak kenagan pahit & manis yang tak boleh dilupakan

Rgds
Kecik ENK

Tanpa Nama berkata...

kecik?opss nanti dulu..aku tak berapa ingatt..kalau bagi nama penuh aku gerenti ingat..

Tanpa Nama berkata...

op..dah ingat...nazri kan? ko dgn nesri saadin biras ye tak? niaga ayam lagi?

Bior Bebenor berkata...

nazri kecik kat mana skg? bg contact kat kita org senang nak gathering nanti..ingat aku lg x..

ChaP KfL berkata...

Terima kasih bebanyak kepada geng2 yg dtg kenduri kawin wa aritu. Love u all.....

Tanpa Nama berkata...

brader.. nak bgtau nie..
29.03.09 kita ke Bilut sekali lagi.. Saupi ABM lak kawin...
Bro Fendi minta war-warkn...