Selasa, 13 Januari 2009

ANIS punye ceritaa!!




ini Anis Ayub kirim....
gambar kelas BB, masih ingat mereka?...
juga gambar kedua:- shahril PPN, Nazri PPJ, Allahyarham Zaidi,Rosedin Anis dan Allan Siah (Cina tak serupa cina..dia ni suka panggil aku "mat saleh"..pasaipa tah!)

haa..gambar ke3 masa sukan, Anis, Ali Topan dan Ganesh..ahh! tu tak penting..yang penting tu ha...sapa? huiyo..Ustazah Nurulhuda guru agama sementara yang digilai bebudak lelaki, guru2 malah seisi kg.batu4..
apa khabar dia ha?

Rabu, 24 Disember 2008

CEPAT DAFTAR SEGERA!!

CEPAT DAFTAR SEGERA UNTUK REUNION!! DAFTAR DI SINI PUN BOLEH ATAU DI WEB YANG DIBERI!!

jumlah mendaftar masih kurang dan respon masih lemah!! Hampeh korang!! kenape lembab ni??Tak teringin ke nak jumpe guru2, sekolah lama kita??
tak teringinke nak jumpe aku sang hero? atau Heikel abang Awal Ashaari? Tak teringin ke nak lihat nak-anak kita berlari2 di tempat kita dirotan?

CEPATT!!!

Ahad, 14 Disember 2008

REUNIOOONNN!!! TERKINIII!!!




HAAHH!! aPA? tak nampak kecik sangat? hah!! Klik kat tulisan tu dan baca..apalagi bertindak segeraa!!!!

MAKAN SATE KAJANG!

JUMAAT- 12 Nov 9pm-12am

Aku, Anis, Farid Glamer, Heikel Ashaari dan Azrul PPU (Mat Pet) bertemu di medan sate kajang...

tiada gambar dirakamkan kerana kamera terlalu kecil buat kami..HAHAHA!! Pertemuan sudah cukup mengenyangkan sehingga kami gagal menghabiskan 50 cucuk sate..kalau dulu di hostel sekelip telinga saja sate akan lenyap!

Heikel memulakan kuliah "bagaimana menguasai pasaran di Thailand"..pelbagai strategi dibentangkan termasuklah cara-cara melamar perempuan Thai..hisyy!!
Farid yang jadualnya ketat sementara bercuti di Malaysia itu dan Mat Pet yang menjalankan perniagaan sendiri kelihatan gembira mengenang semula kisah-kisah lama sewaktu sekolah dan jerih-perih hidup di KL sewaktu awal2 tamat persekolahan.

..sewaktu sama2 melangkah ke kereta untuk pulang, kami seakan tak percaya yang kita sudah 35 tahun..haha!!...huh!!terasa gagah seperti 18 tahun dulu!!

Rabu, 10 Disember 2008

reunionn!!

aku dah dapat emel dari AJK penganjur reunion..apa dia?
tunggu..aku sebok tak sempat nak type..tapi ada beberapa permainan dan program yang melibatkan penyertaan kita.

tunggu yekk?

Jumaat, 5 Disember 2008

MENJELANG GRAND REUNION!

...Aku masih menunggu isyarat terkini tentang reunion!..bersedia semua..Ya! Mana-mana Batch pun akan merasakan zaman merekalah yang paling manis..walaupun Cikgu Saras pernah berkata "1st batch is the best memory" tapi mungkin itu pandangannya yang merasakan pada masa tu semuanya baru..sekolah, peralatan, student yang tiada senior dan juga cikgu2 yang baru! SEMUA BERHAK MENGIKTIRAF ZAMAN MEREKA..

Aku berangan kalau2 reunion nanti perkara begini terjadi walaupun mustahil!

1- Alia menyanyikan semula "Pelita Hidupku".. diiringi Tam (lead guitar), Nali (rhythm guitar), Remy@ safie (bass) dan Farid columnist (drummer)

2- Rosedin PPU mengimamkan solat jemaah di surau macam dulu2...

3- Team bola dan bola jaring ex-student Vokay (pemain sekolah) ditubuhkan setiap batch walaupun kesemuanya tak kira lelaki dan perempuan sudah berbadan dua (boroi)

4- "Geng 4-12" yang bergaduh sampai keluar muka depan Utusan Malaysia melakonkan semula aksi pergaduhan mereka (alamak! ni aku pun terlibat)

5- Kehadiran Syakirin tanpa hantunya lagi...

* lain kali kita panggil semua guru pulak!!!

Makanthon, pagarthon dan longkangthon..

Pernah dengar jogathon? marathon? biasaklaa kan? yang bawah ni pernah dengar?

MAKANTHON- Lari sambil makan burger cikgu Isom sampai habis sambil dikejar kawan2 yang kelaparan..mana bole kongsi beb! duit ciput..perut kebulur!

PAGARTHON- Lari melompat berhalangan..melompat pagar asrama tembus ke kilang sebelah! tak ramai budak Aspura yang menguasai ilmu ni..dua kali lompat dah sampai ke sebelah sana..kalau tiga kali sure sampai ke pucuk kelapa..

LONGKANGTHON- Sorang saja terrer..budak ABM yang digelar PET-ON.. dia berkebolehan jalan berlenggang di dalam longkang yang tinggi separas kepala menuju keluar sekolah..sampai di luar Cikgu Mat Shah dah tunggu di Checkpoint pertama lalu menghantar dia semula ke asrama dengan sebiji hadiah penampar..ADEHHH!! isk..isk!!

KAHKAHKAH!