Ahad, 14 Disember 2008

MAKAN SATE KAJANG!

JUMAAT- 12 Nov 9pm-12am

Aku, Anis, Farid Glamer, Heikel Ashaari dan Azrul PPU (Mat Pet) bertemu di medan sate kajang...

tiada gambar dirakamkan kerana kamera terlalu kecil buat kami..HAHAHA!! Pertemuan sudah cukup mengenyangkan sehingga kami gagal menghabiskan 50 cucuk sate..kalau dulu di hostel sekelip telinga saja sate akan lenyap!

Heikel memulakan kuliah "bagaimana menguasai pasaran di Thailand"..pelbagai strategi dibentangkan termasuklah cara-cara melamar perempuan Thai..hisyy!!
Farid yang jadualnya ketat sementara bercuti di Malaysia itu dan Mat Pet yang menjalankan perniagaan sendiri kelihatan gembira mengenang semula kisah-kisah lama sewaktu sekolah dan jerih-perih hidup di KL sewaktu awal2 tamat persekolahan.

..sewaktu sama2 melangkah ke kereta untuk pulang, kami seakan tak percaya yang kita sudah 35 tahun..haha!!...huh!!terasa gagah seperti 18 tahun dulu!!

Tiada ulasan: