Isnin, 1 Disember 2008

OPAH MANA YANG TAK SAYANG CUCU...

Pagi tadi Lan PPU telefon aku tanya khabar dan nak tanya pasal grand reunion..berita selanjutnya akan menyusul..
tiba-tiba aku teringat pada suatu hari Sabtu, kita dibenarkan keluar Bentong. Aku, Lan dan arwah Sham pergi Bilut rumah tok Lan..punyalah sedap kami makan bubur kacang dan membelah kelapa muda..pehh!!layann!!

Paling mengharukan betapa opah Lan bersusah-payah menggoreng ayam dan menghidangkan makan tengah hari untuk kami..walhal masa tu bulan puasa..hihihi!! Opah mana tak sayang cucunya..tak sampai hati dia nengok kami pelahap meggi sejuk kembang semangkuk kat hostel nanti..
Kau ingat Lan, petang tu kita bantai hisap rokok tepi sungai kat taman Bentong..hihi!
masa berlalu..Sham pun dah kembali ke Rahmatullah..aku tak pernah ke Bilut lagi..dan tak makan meggi sejuk lagi!





Aku, Lan dan Kodek di Masjid Shah Alam nak sembahyang asar..Allahu Akbar!

2 ulasan:

matcomot berkata...

aku nak copy gambar ni letak kat blog aku boleh?

buat teka gambar siapa yg paling kiri.

Fendi Auto berkata...

hoi..blog ni pun lu nak ceroboh ke? tapi ok gak..nak harapkan depa ni senyap je macam tunggul..