Jumaat, 5 Disember 2008

MENJELANG GRAND REUNION!

...Aku masih menunggu isyarat terkini tentang reunion!..bersedia semua..Ya! Mana-mana Batch pun akan merasakan zaman merekalah yang paling manis..walaupun Cikgu Saras pernah berkata "1st batch is the best memory" tapi mungkin itu pandangannya yang merasakan pada masa tu semuanya baru..sekolah, peralatan, student yang tiada senior dan juga cikgu2 yang baru! SEMUA BERHAK MENGIKTIRAF ZAMAN MEREKA..

Aku berangan kalau2 reunion nanti perkara begini terjadi walaupun mustahil!

1- Alia menyanyikan semula "Pelita Hidupku".. diiringi Tam (lead guitar), Nali (rhythm guitar), Remy@ safie (bass) dan Farid columnist (drummer)

2- Rosedin PPU mengimamkan solat jemaah di surau macam dulu2...

3- Team bola dan bola jaring ex-student Vokay (pemain sekolah) ditubuhkan setiap batch walaupun kesemuanya tak kira lelaki dan perempuan sudah berbadan dua (boroi)

4- "Geng 4-12" yang bergaduh sampai keluar muka depan Utusan Malaysia melakonkan semula aksi pergaduhan mereka (alamak! ni aku pun terlibat)

5- Kehadiran Syakirin tanpa hantunya lagi...

* lain kali kita panggil semua guru pulak!!!

Tiada ulasan: