Isnin, 29 September 2008
SALAM SEMUA! MAAF ZAHIR BATIN!
telefon aku ada di sebelah..nah! raya ni hubungilah aku kalau di Bentong pd raya pertama..dan jika ada sekitar Kajang dan KL..hubungi aku bermula raya ke 4 dan seterusnya...........
kawan2 dan cikgu2..
maaf segalanya!
ayuh bersenda gurau selagi sendagurau itu belum dilarang!
lepas ni akan ada tulisan dan cerita2 yang lebih menarik..akan diceritakan satu-satu..awas! anda mungkin akan disentuh..hahaha!!
Sabtu, 27 September 2008
puasa di hostel
posa itu sungguh indah di asrama..
balik dari sekolah tengahari
buat maggi guna air paip
lepas tu simpan 5 minit dalam locker
bila dibuka maggi dah kembang sebesar penumbuk
lalu disantap tengahari rembang itu..pehh!!
waktu berbuka di dewan makan
muka kita toye menunggu Man Buaya azan
macam hebat seharian berpuasa...
..malam tu belasah burger cikgu Isom..
* ingat lagi Syukri, Kamaruzzaman Awang Teh, Osman Budu dan Adik (Khairul Azwan Karak) ditangkap ponteng puasa lepas tu dipakaikan poster macam banduan dan didenda masuk ke setiap kelas...tak siapa pun dari kelas2 tu berani ketawa sebab yang ditangkap ni samseng kg.dusun..silap ketawa nanti balik kena belasah...
tapi di kelas Auto mereka diketawakan..oleh kami yang satu geng dengan mereka saja..yang tak geng diam je...serammm!!
Rabu, 24 September 2008
Kalut "the Legend"!
tapi yang mengesankan kami ialah Kalut sering berjaya melepasi tapisan ketat guru-guru dan warden untuk ke hospital..(ramai berlakon sakit nak ke hospital, dapat keluar dari hostel jap beli rokok ke hapa ka..)..Muka seposen lakonan cemerlangnya tak mampu ditiru sesiapa. Aku pernah lihat dia diusung dari asrama ke hospital dalam keadaan kaku dan tidak sedarkan diri..rupa-rupanya itu semua lakonan..Ceh!!
aku rasa pelawak Yassin senario curi style dia!!huhu..
Selasa, 23 September 2008
emel dari farid glamour from brunei! Niza juga contact semula!
gambar terbaru farid Glamour!
Ahad, 21 September 2008
sajak "Spirit of the coin"!
masihkah kau ingat kita buat kerja haram itu
main spirit- spirit sampai tak ingat agama
tiap tiap malam puja hantu
sampai nak suruh hantu tunjuk muka kat cermin!
kawan
kau tentu takkan lupa malam jahanam itu
"hantu" mengamuk malas nak balik
angin kencang bertiup gugurkan tuala yang bersidai di katil
habis semua mamat-mamat lari lintang pukang
dan tekong spirit kita tergolek-golek kepanasan
lalu kita semua menggelupur tak tidur
sampai subuh...
kawan
pasti segar dalam memori daun pisangmu
lepas tu geng2 spirit yang namanya dirahsiakan itu
menghadap "penunggu" asrama
Pawang supardi si ketua warden
lalu kena dendalah jawabnya..........
hihihi!! jangan marah guys! manis kan?
Syakirin "ghostbuster" dicari!
huh! kalau siapa lupa kat dia maknanya anda telah hilang separuh dari daya ingatan otak anda..
alahh!! Syakirin yang asyik disakat hantu tulahh!! berpeluh kita satu dorm A3 nak sedarkan dia yang dirasuk sampai kita yang pengecut-pengecut berani tidur rapat katil..hehe!
He he! Ingat tak masa dia tidur, kawan2 conteng muka dia dengan artline, esok dia bangun terus gi dewan makan dengan muka berconteng...(dia ni kadang2 tidur dah siap pakai baju sekolah..senang! Bangun terus jalan jee...
lagi satukan..ingat tak dia masuk bertanding pilihanraya Exco Asrama? aku rasa dia dapat undi terbanyaklah tapi atas sebab-sebab "paklawaknya" dia langsung tak senarai..ramai mengaku undi dia..hihi! SPR tak telus agaknya!
sapa tau mana dia sekarang? jadi bomoh? huhu..aku takde gambar dia!
Azri alias Sengkoi!
5 Auto SPMV-1990
kau ingat Man?- belakang dari kiri:- Yatimi Arshad (lecturer kat CIAST Shah Alam sekarang, tapi aku tak pernah jumpa sejak 90, Safie@Remy- budak Kuantan pun lesap tak dengar cerita, Halim Ramdan (citt!tak penah balas sms),ahmad Niza Samsuddin (lost contact), Mohd Nizam Mohd Ramly(Bob)- raya baru jumpa,aku, Rizaudin Kari (Bija)- selalu jumpa kat ceramah politik,ahmad Noordin(Pak Din) kat mana la ni?,norazman a. Rahman- bermastautin di Hulu Langat,
duduk dari kiri:- junior kita tah sapo namo budak pelangai tak silap,Jufarif Ahmad b sulong@kadoi Lebu (mana dia?),Zainal abidin Ahmad Zathu- still single (tokey besor),Farizal Kassim @matsolo (tolong lapor diri segera-kami mencari anda),Nor azri Alias(sengkoi),Muhd Haniff Mukthar (kanek)-berjiran pun jumpa setahun sekali),Azman Ismail@buaya Melaka..haritu masuk army main tatoo mana lak sekarang cucu jebat ni...
Sabtu, 20 September 2008
sekampung, sekelas, sejiwa!
cempedak memang boleh jadi nangka!
aku diapit oleh chodek (khairul anuar Ishak) di sebelah kiri dan kanan azli Ghani (Cobra)..antara 2 manusia ajaib yang pernah aku jumpa..
Chodek meletupkan sekolah sebagai antara pelajar terbaik. Dengan muka kampung dan loghat Temerlohnya yang pekat, apatah lagi hobinya yang kuat tidur siapa sangka Khairul Anuar mempunyai otak yang brilliant dan mampu menyaingi pelajar terbaik yang lain...
Azli Cobra- mukanya yang ganas menakutkan ramai tetapi dia sebenarnya agak cool! hari ini Cobra seorang kontraktor dan juga mempunyai sebuah warong di Kampung Baru, Bentong! Rilekslah Li.... datang rumah raya ni!
Antara dua Rostam!
ganbar di bawah ni Rostam Majid KFL yang aku kenal sejak darjah 1 lagi. Masa di Vokay dialah guitar hero kita yang terlalu cintakan rock kapak ketika itu. Menyaksikan solo Tam macam menyaksikan konsert rock. Tam masih aktif bersama band undergroundnya "Happy Nightmare" seperti gambar di bawah (empat dari kiri). carilah albumnya! oh! haha!Aku hanya ada gambar dia masa darjah 5 seperti yang aku paparkan....stay rock bro!
al fatihah bro!
hadiah ke Teluk Cempedak!
akhir2 musim di SMVB!
Jumaat, 19 September 2008
Ajek the racer!
Jebat Mengamuk di vokay Bentong!
Malam itu kami menang drama bertajuk "SIAPA BENAR" skrip/arahan aku. Kisah Hang Tuah, Hang Jebat, Kasturi dan Lekir dibangkitkan semula lalu berpolemik siapa yang benar antara Tuah dan Jebat. Lekiu sengaja ditiadakan bagi penonton sendiri merasai diri merekalah Lekiu (sebenarnya takde sapa kawan2 berani berlakon maa tu..hehe!)..aku kodek dan hanif dah biasa berlakon di sekolah lama cuma Arman orang baru sebagai Tuah berjaya melakonkan dengan baik. Malam itu arman (Tuah) dan Kodek(Jebat) menjadi popular..Hanif (Lekir)memeranjatkan kawan2 lain kerana aktingnya seperti hendak naik syeikh! Aku(Kasturi)? low profile je..tapi Cikgu asmah Bee kata kami kelihatan "jantan" malam itu..wow! Dia cadangkan aku tulis semula skrip tu dan hantar ke TV3...aku diam je sampai hari ni..hehe! oh ya! suara latar Azman Buaya..dia bantai bubuh sajaknya last minute, kami yang berkelubung dalam selimut dah naik lemas!ada petikan akustik latar oleh shahril latif dengan nali lagu 'inspirasi taming sari
kira aku ni terbaik gaklah!
en. RJ, en. Isom, en. Muin,cikgu saras, Pn Habshah, en. Param pun ada dan ramai lagi................